Tuesday, December 9, 2008

Lagu

Hmm.. haritu aku penah tulis pasal lagu-lagu, tapi intenet bodo, takleh post lalu aku kensel terus. haha padan muke aku.

Antara yang aku tulis ialah pasal lagu-lagu corongan radio yang membangkitkan memori masa silam. Dan juga sedikit fakta bahawa aku tak minat sangat lagu-lagu dari seberang (Indonesia). Bukanla bermaksud tak sedap ke ape, cume aku kurang minat. Dulu pernah terjerumus minat Sheila On 7 (sampai sekarang masih agak minat). Lepas tu baru kenal Dewa19 & padi yang boleh dikatekan best (ok dewa gempak.). Kemudian susulnye band2 seperti peterpan, radja, nidji, tah ape lagi lag yang aku dah tak mampu sumbat dalam telinga, malah kadangkala mual mendengarnye. Tapi kebelakangan ni aku selalu nampak orang link-kan video "bukan superstar" dari kumpulan seberang, Project Pop. Mula-mula memang aku tak bagi can langsung nak dengar sebab aku skeptikal. hahaha tapi lama-lama bila tengah bosan, klik jugak cube dengar........

1st impression aku: lagu ok je. mudah, ringan, fun la kirenye.. tapi pada aku orang dengar lagu ni sebab lirik dia yang dok kait2kan nama artis lain dalam lagu tu. So jadi la macam kelakar/lucu (ape beza tah). Tapi tidak bagi aku. Aku anggap tu cheap stunt untuk memancing pendengar. Cewah cakap macam bagus je, tapi itulah yang terbenak dalam pemikiran.. Tiba2 aku rasa curios macamane agaknye lagu diorang yang lain ek? pastu aku layan YouTube lagu 'Teman Tapi Ngarep". Kecewa. Tak best pun. Biase je.

Entah kenape aku terpk "mungkin kebetulan lagu ni je tak sedap kot, cube bagi 1 more chance". Jadi aku dengan randomnye mengklik lagu "Metal vs. Dugem"....



seronok! fun! kreatif! lucu!