Sunday, April 19, 2009

Berenang berenang di muara, hati hati dilambung ombak

Tiada tema.

Takkan nak cakap harini makan ape, buat ape, pegi mane.
Esok cakap makan ape, buat ape, pegi mane.
Lusa cakap makan ape, buat ape, pegi mane.
Tulat cakap makan ape, buat ape, pegi mane. Eh dah dah..

Nak cari tema dan komited dengannye adelah susah. Takkan aku nak membebel-bebel pasal gadget sedangkan ipod pun takde. Takkan aku nak bagi fashion tips sedangkan aku sendiri pakai baju biasa bersame seluar yang tiada gaya beserta kasut cabuk yang dipadankan dengan stokin murah '4 for RM10' di pasar malam; aku juga berfikiran bahawa skinny jeans hanya cantik dipakai oleh gadis-gadis. Dan aku tetap berpendapat bahawa kegiatan jejaka-jejaka memakai skarf di bawah terikan mentari adalah merupakan perbuatan yang kurang cerdik.

Dan aku bukanlah resourceful sangat pun. Bukak youtube pun jarang-jarang, maka jaranglah aku post video-video yang menarik seperti Paul Potts ataupun Susan Boyle atau beatbox yang gila awesome atau video shuffle bukit bintang.. Oleh itu aku mulakan dengan topik yang dekat di hati: Architecture. Atau nama Melayunya, Seni Bina. Semoga ia dapat memberikan ilmu yang bermanfaat bagi akitek wannabes. wahahaha

Dan mana tahu kot-kot satu hari nanti aku boleh dijulang sebagai pengkritis seni bina yang dasat ala-ala Kenneth Frampton atau Stephen Bayley ke atau Prof Tajuddin M. Rasdi ke. Oh oh cukup lah tu.. mari mulakan.

Baiklah, mengikut rentak pensyarah-pensyarah atau pengkritik yang pernah joint-venture dengan aku, diorang jarang terpesona dengan imej perspektif/3d/kaler2 yang meletop, sebaliknya diorang akan terus tertumpu pada pelan-pelan, bukan perlahan-perlahan, tapi plans. Jadi mari aku latih bagaimana meneliti plan agar anda lebih sharp dan mampu berfikiran deep untuk merungkai sesebuah design .


Ketika meneliti plan buat pertama kali, haruslah Sang Pemerhati menggambarkan overall scheme atau bentuk (form) yang umum (general) plan tersebut bagi mengaitkan pelan lantai (floor plan) dengan konsep yang tersirat di sebaliknya.


Kita mulakan dengan plan di bawah,













errr...... xpe lah...~