Sunday, March 27, 2011

Bareno Run 2011 short repork

Larian kedua tahun ni.. Agak kelam kabut sebab start awal gilebabz. 6.30 pagi kat Bukit Jalil.. kalini lari spesel edition sikit sebab aku lari pegang baju chombcaster. hahahaha Pastu kitorang start lambat sikit sebab sebok dok testing camera megapixel/red eye blackberry vs iphone sampai orang dah start lari pun tak sedar. Takde bunyi airhorn ke siren ke pistol ke ape nak indicate race dah start. haih sakit jiwa betul.. start dari belakang gilebab, sunyi sepi je. So terpaksa lari laju sket nak catch up dengan crowd. Playlist lagu kat henfon pun tak sempat nak setup, play je ape yang ada sampai lagu OST zorro Tina Arena & Marc Anthony, fake plastic tree - radiohead, new years day - U2 dan i dont wanna miss a thing aerosmith pun jadik lagu peneman race T_T



Nasib baik dah pernah lari route ni masa CICM Run tahun lepas, so dah tau apa nak expect sume. Tapi itupun tak mampu nak lari 100%. hahahah ada jugak 2-3 kali pancit yang amat kat bukit, terpaksa jalan.. Pastu masa dah nak sampai Finish line tengok-tengok kena beratur. 1st time nih kena beratur nak finish race. Rupanya dapat tempat 258, dapat medal. YAYYYYYYY!!!! Dia punya medal limited sampai 600 je, so dapat medal sangatlah best+puas hati =D Kalini aku punya timing macam tak berapa betul. Kat henfon tulis 56 minit, tapi macam tak logik la pulak.. mungkin aku terrrr tekan masa tengah lari tu. So aku assume dalam sejam lebih jugak masa untuk run ni..


Placing card featuring baju chombs kat finishing line



medal + sijil = happi =D


Oh lepas lari tu ada Gardenia bagi roti. Aku tengah penat tu maleh nak makan roti. Kebetulan pulak depan aku ade sorang Aunty ni tengah dok nagging budak kecik yang bagi roti tu sebab dia nak 2 roti, budak tu tak bagi. Dia kata bos dia suruh bagi sorang satu je. Aku kesian kat dua-dua orang ni so aku offer roti aku kat Aunty tu, kot-kot la dia lapar gilebabi nak makan roti. Pastu dia taknak pulak. haihhh kiasu gile perangai~



Kacang merah celup air gula = tak sedap

Thursday, March 24, 2011

Larian Bangi Perdana 2011

Masuk 2011 aku punye target larian:
1. nak khatamkan 10k race sub-hour
2. nak dapat medal yang limited tu
3. terai half marathon (21km)
4. join lagi banyak race! kalau boleh tiap-tiap bulan nak join 1 race. Tahun lepas dah join 8

Tapi apakan daya... bulan 1 terpaksa miss Larian Gemilang UM sebab kena pegi Tasik Raban, Perak. So bulan 2 ialah 1st race untuk tahun ini! Larian Bangi Perdana 2011. Pehh lari kat home ground wei.. Memang wajib ah masuk. Disebabkan dekat dengan rumah, so takde la nak kelam kabut sangat, lilek2 je pegi PKNS tunggu start larian. Organizer ah macam kelam kabut sikit last minit baru nak pasang banner "MULA", baru nak kawal trafik sume. Dannnnn... hehe aku tamatkan larian dengan masa 0:59:22! wOOOOOtz bawah sejam~~! Tapi sebab takde timing chip so anggap belum official lagi ah. Hm larian Bangi agak nice sebab dapat lari dengan jiran-jiran yang sebenarnye banyak aku tak kenal dah sebab dah masuk generasi baru -_-

Tapi route larian memang tahpape la. Dari kawasan commercial, masuk kilang, lalu tepi kandang kambing, retention pond ke hape bau busuk gila, pastu lalu tepi TNB reserve land, hujung-hujung baru lalu tepi tasik.




Kau tengok dia punya bib number pun dah nampak kodi kan.. belasah je lah. Anyway, tahniah kepada organizer sebab berjaya pull-off this event. Kembalikan aktiviti lari-lari kat Bangi. Sebab aku ingat lagi dulu masa sekolah aku selalu nampak iklan Larian Utusan Bangi dalam suratkhabar.. sekarang takde dah. Dari dulu teringin nak join tapi masa sekolah dulu tak berape nak bersukan sangat. Sekali sekala je sprint bila Cikgu K*mariah bawak kutu-kutu baju kuning rush padang/reban ayam


hancur sijil aku kene peluh+ketiak apa bagai T_T"

Saturday, March 12, 2011

Happie 2011!

lets do this again
selamat 2011!

Ni video yg aku slalu tengok bile down down down
Ia mengingatkan aku bahawa masalah aku tu sebenarnye kecik je
Dan sangat banyak benda hebat yang berlaku di sekeliling bumi yang sometimes kita tak pernah terfikir langsung pun.
Dan... apa lagi tah. Dah lama tak tulis, karat.

The world is just awesome!





Ada lagi 1 version.. tapi taktau nak pilih yang mana satu sebab dua-dua pun ohsem



ok
*kembali sulking*


*edit: FFFFUUUUUUUUUUUUU format pun dah patut tukar.. brb.