Thursday, June 26, 2008

Bacalah: RWP - Read while Waiting Project




Ok aku mengaku aku bukan seorang "pembaca".. Malah aku juga agak culture-shock bila tau bahawasanya beberapa rakan sepejabat (a.k.a ofismate) bertukar-tukar, berdiskusi, menganalisis, menilai dan meng-anticipate beberapa novel tempatan pilihan. Kira macam ada 'scene' novel-novel la kat ofis. hahah.. Aku hanya cuma pernah habis baca SATU novel sahaja. Iaitu 'A Walk To Remember' hasil tulisan Nicholas Sparks. Itu pun lepas tengok movie dia. Hahahaha mungkin sebab aku dapat membayangkan wajah Jamie Sullivan sebagai Mandy Moore yang sangat comel itu.

Ah. Tapi itu semua tak menghalang aku untuk menyokong kegiatan murni yang dirancang oleh RandomActs ini: Read while Waiting Project (RWP). Objektifnye ialah supaya lebih ramai orang membaca dan memupuk (cewah) kesedaran agar kita semua isi masa kita yang lapang ketika menunggu dengan membaca.

Walaupun aku bukanlah pembaca novel, tapi aku baca jugak la beberape jenis tulisan. Suratkhabar ke, majalah ke, komik ke ape. Tak kisah la kan.. janji BACA!


Good luck RWP~


No comments: