Tuesday, June 24, 2008

Mimpi

Semalam aku tak bermimpi. Kenape? sebab aku TAK TIDO. hahaha siot ah kene buat drawing sampai tak tido.. dah rase mcm time blaja dulu pulak dah. Zaman kene buat keje2 studio. Huu best la pulak study dulu. Dulu tanggungjawab untuk diri sendiri je; kalau xbuat keje, sendiri yang terime padahnye. Tapi sekarang kalau tak buat keje, kompeni rugi beb~ kompem kene marah dengan bos punye. Paling tak pun akan dipandang serong oleh masyarakat ofis. haih~ ni cerite lainkali ah..

Berbalik ke kisah 'mimpi' tadi,.. haritu aku ade mimpi yang menarik dan pelik bagi aku. hahaha sempena musim Euro2008 nih, mimpi pun tema bola la~
Aku mimpi Final Euro 2008 adelah Germany VS Portugal (hakikat dunia realiti: Portugal sudah pun ditewaskan oleh Germany 3-2 kat q-final beberape hari lalu. haha).

Germany kalah 'sudden death' (oldskool gile) setelah bermain mati-matian.. dan gol kemenangan Portugal telah dijaringkan oleh (who else?) Cristiano Ronaldo. Walaupun aku benci Man United, tapi aku suke tgk Ronaldo main. Hotak die~ lari laju gile babi, rembat kencang, determination tinggi, respect ah gak (diving/cheating tu cite lain ah). Tapi rakan-rakan terdekat aku pun pasti tahu bahawe dalam hati aku memang panas kalau tengok dia celebrate gol. Muke belagak nak mampus, dan sangat 'konon-konon'. Rase macam nak bunuh je....


Oh lepas dia gol tu, seperti kebiasaannye dalam dunia bola sepak, dia dikeremuni rakan-rakan sepasukan yang kemudiannya saling berpelukan dan bertukar-tukar lelehan peluh sesama mereka sambil menepuk tampar kepala @ pipi. (Off topik: teringat kat Kompas lak. Die selalu kata Melayu kolot sebab xboleh "main kepala", padahal player bola yang tere-tere rilek je kene tuil kepala oleh rakan-rakan. hahaaha something to think about?) Sedang klimaks keraian jaringan gol itu, rakan-rakan dari seantero padang yang teruja dengan kemenangan itu telah menghempap Ronaldo beramai-ramai bagaikan sandwich Subway @ burger Carl's JR yang padat, sendat lagi mengenyangkan. Sedang beberapa saat aktiviti menghempap itu berlangsung, aku tekanan melihat ketewasan palsu Germany itu lalu aku beransur kuar dari rumah.. rupa-rupanya mereka (ye pasukan Portugal itu) sedang celebrate kat depan rumah aku!! ahhaahah ape punye bodo la mimpi.... Lepas celebrate tuh team Portugal sume lari keliling padang tepuk-tepuk tangan kat fans yang ntah duduk kat mane.. rumah aku xde la besar stadium pun. haih~ Benci dengan situasi yang berlangsung, aku masuk balik dalam rumah dengan kepiluan...

..seperti mereka...

Selang beberape minit lepas tu, aku kuar balik, tengok-tengok Ronaldo ade kat luar rumah aku!! Atas rumput. Motionless. . . . . . . . Tanpa perasaan star-struck langsung, aku sepak dia slow-slow (macam sepakhalau kucing kat kedai makan) dengan penuh ego nak halau dia kuar dari rumah aku. Tapi dia x bergerak langsung. Pelik.. Aku cek nafas dan nadi beliau.... statik... Rupenye team Portugal dah hempap Ronaldo sampai MATI!!! Mak aku dah panik, dia suruh aku cuba selamatkan. Aku enggan sebab aku taknak tolong revive player Man United. Mak aku suruh aku buat cardiopulmonary resuscitation (a.k.a. CPR) kat die, tapi aku mane reti. Aku bukan doktor (alasan). Mak aku sendiri nak buat kat die, tapi bimbang akan fitnah+tohmahan dan cemuhan masyarakat lalu menghentikan niat itu. Mak aku terus panik dan panik dan panik..

Aku yang naik rimas dengan situasi itu mula terbit rase simpati kat Ronaldo. Walau kerek mana pun riak wajah beliau ketika menjaringkan gol, tapi dah itu memang kerja dia. Itu sumber rezeki dia. Dia main bola. Dia jaringkan gol. Dia buat kerja dengan baik. Melihat mukanya yang motionless ketika itu telah mencairkan hatiku yang tulus mulus lagi suci ini. Seraya itu teringat pulak akan khabar angin yang hebat berkocak ketika ini. Khabar yang menimbulkan kemarahan para peminat MU; Khabar kononnya Ronaldo nak pindah ke Real Madrid.. Aku harap dia kuar. Aku NAK dia kuar. Aku tak nak dia main utk MU. Aku nak tengok peminat MU sume panas hati dengan dia. Aku nak tengok Manchester United JATUH..

Lalu tanpa membuang masa lagi, aku bertungkus lumus memberikan bantuan CPR kepade CR7. Sambil itu para photographer media massa mengambil gambarku untuk disiarkan di akhbar esok hari. Aku dah terbayang diorang akan kata CR7 gay ngan aku. Tapi aku tak kisah sume itu. Nyawa adalah lebih penting daripada gossip-gossip sampah. Setelah beberape hembusan dari mulutku ke mulut CR7, beliau mula menunjukkan pergerakan yang mencadangkan bahawa beliau masih hidup dan boleh diselamatkan. Maka dengan sepenuh hati aku memberikan hembusan nafas terbaik (hahahahahahaha) kepade beliau... (Aku dah penat menulis. mata dah berpinar..) dipendekkan cerite, beliau kemudiannya bingkas bangun, mengucapkan terima kasih, lantas berlalu untuk ke dressing room pasukan Portugal bersame rakan-rakan sepasukan (yang TIDAK membantu langsung ketika beliau bertarung dengan kematian sejenak tadi) dan meraikan kemenangan mereka.



I saved your @$!!

Begitulah mulianya hati seorang aku... Ironinye, pade hari Sabtu yang lalu, lepas bermain futsal bersame rakan-rakan FRSB, Kompas menimbulkan perbincangan bahawa CR7 dikatakan gay setelah menonton beberape klip video dari YouTube. hahahah aku nak cite kat diorang pasal mimpi aku, tapi rasa malas la pulak. Lengkali lah ye rakan-rakan~

Cristiano Ronaldo, repay my deeds and GET OUT FROM MANCHESTER UNITED and kick their asses in your new white Real Madrid kit. And then bow down to the Mighty Reds of Europe.

No comments: