Sunday, August 1, 2010

Larian Siamang di Kuala Lumpur

Entri tercicir sebab student busy manede mase nak main-main intenet nih. Aritu 11 Julai 2010 I masuk Siemens Run kat Dataran Merdeka, KL. Memula masuk bajet senang ah sebab KL kann.. tengah-tengah bandar mana ada bukit sangat. Sekali bila dah lari hamik kau 3 bijih bukit yang meletihkan. Kalini walaupun ade jalan sikit tapi tak sebanyak masa kat NSTP haritu. Setiap kali lalu simpang, lubuk hati berharap polis tahan supaya bagi laluan kat kereta dan dapat cheating rehat kejap. Tapi sekali pun tak mengena. So pandai-pandai ah buat timing untuk jalan kaki sendiri, kononnya "sampai kedai oren tu mula lari balik", pastu bila dah sampai kedai oren, "sampai CIMB hujung tu sambung lari balik". haihh

Event dia meriah gile. Siap ada macib marching band, tarian-tarian etnik, tembak pistol air dan semestinya CHEERLEADERS =)) kalini aku berjaya tamatkan 10km dengan catatan mase 01:03:50.37 mengikut stopwatch henfon. Better than the last time, alhamdulillah. Lepas lari terus recovery pegi Nasik Lemak Tanglin.

another run completed


Walaupun x sekiasu 'abang kerajaan' nak mintak Granola Bar banyak-banyak kat booth, tapi rupenye dapat banyak jugak. hihihihi

Tema larian aku ialah hip-hop yaww~ sebab malam sebelum tu tengok 8mile, pastu sampai ke sudah dok layan hiphop. Lari pun pasang lagu too phat ya-a-aw. haha nasib ah sambil lari tu budak-budak skolah pandang macam "apahal batak sangat layan too phat ni? slowpoke gila. xcool langsung.. hujan la baru indie".. aku malas nak amik kisah sangat isi hati dan jelingan orang sebab tengah kusyuk freakfreak to the beat~ Teringat lak zaman beli cd too phat kat Bandar Bersejarah dengan si buyung. hahahah pastu zaman skolah dengar eminem dah macam professor buat research. Dok kaji lirik dia, hafal, cari cerita-cerita terbaru. Fuhh

Oh kalini punya run ade sedikit injuri tapi tak bagitau kawan-kawan. (tak 'sedikit' jugak sebenarnya. seminggu gak ah tak boleh lari. hahahahahhahaha) Sebab kawan-kawan di sini adalah spesis merbahaya sebab terlalu pemurah sampai sanggup loan-kan duit dulu beserta skim bayaran ansuran yang mudah dan murah kalau KALAU jika andainya sekiranya nak beli kasut baru ke ape ke yang berjenama dan bagus menurut iklan mega-millionnya. Jadi aku hanya target dalam hati untuk membeli kasut lari baru pabila kasut sekarang sudah tak mampu melaksanakan tugasnya dengan baik kelak.


Aku bukannye gile jenama sangat,... dapat kasut cikai macam ni pun cukuplah. hm.

2 comments:

Ilyas Zubir said...

'Teringat lak zaman beli cd too phat kat Bandar Bersejarah dengan si buyung'

tipu ah ang bukan beli too phat la..ang beli ruffedge album 'pop yeh2' sambil tengok mamat poyo main PS2 waktu iklan game

keriangandunia said...

too phat ngan VE skali ah. ape bar ruffedge. hhahahahhahaa tapi too phat ade skali. ah geng2 la tu hihop rnb. hahaha main iklan game mcm sial