Macam ni ah senang cite..
Sabtu lepas aku pegi kenduri kawin Kampit kat Pekan, Pahang. Sebelum pegi tu sume berapi-api nak gerak same lah reunion lah ape lah. Bila hari dah dekat, banyak yang mula bagi alasan. Tapi Halim takpe. Dia ada alasan yang paling kukuh dalam dunia. Dia ada Futsal Keamanan PBB ke ape tah. Tapi memang sejenis futsal yang penting la kan.. lepas tu yang sekerat lagi bakal pegi ni pun berkonon nak bergerak bergerak Joe Flizzow pukul 8 PAGI. Kelas harian yang start pukul 9 pun tak pernah punctual, inikan pulak 8... So aku tak berjanji dengan diorang. Dengan penuh matang dan realistik aku cakap "Tengok ah esok camne"..
Maka esok pun tiba. Aku bangun pagi. Tengok jam pukul 10. Haram.. dah lewat. Mesej Kompas, dia pun baru bangun. Tak guna.. pastu Angah kol dok meroyan hyper ape tah aku tak ingat. So akhirnya aku pergi berdua dengan Kompas. Bertolak pukul 12 ah jugak. hahahaha berbekalkan map Kampit yang sangatlah difahami oleh jiran-jiran terdekat dia, aku sesat lalu jalan kampung pegi Gambang. Macam gampang banyak lori. Pastu lepas gadis-gadis stesen minyak BHP konfirmkan bahawa ianya jalan yang salah, patah balik, pastu salah jalan LAGI. Masuk bandar Kuantan pulak. "Menata unggoh.." bak kata ora ora Peka. Dengan tangan yang menggenggam penumbuk falcon padu, aku terpaksa gunakan talian hayat terakhir yang bakal merobohkan tembok ego yang selama ini begitu kebal: telipon Wak. Dengan magisnya Wak tau pulak tatacara untuk ke rumah Kampit bagi mereka yang telah salah jalan. TEREL GILE kan Wak boleh bagi guide on the spot begitu...... aku sungguh pasti yang sebenarnya dia DAH sesat dulu dah pagi tu, tapi sebab dia sampai pagi, so banyak masa nak explore cari jalan sebenar. Kah kah kah jangan nak buat-buat terel la Wak. macam la aku tak tau~
Oh sampai sana pukul 4. Nasib baik ade pasukan kutu yang diwakili oleh HAJI Kude, Ted dan Mapley bersame pasangan meraka sampai lambat jugak. Makanan khemah dah nak tutup-tutup dah. Orang catering dah kutip pinggan nak balik, tapi kami selaku VIP, maka perlulah pengantin kena bizi-bizi layan kitorang makan. Punye lah bedu masing-masing, sorang pun tak bawak kamera. Maka tiada gambar di entri ini. Dalam 5.30 betolak balik, sampai 8.30 kot. Boleh pulak budak-budak lain ajak lepak Teluk Cempedak ke ape tah. Tapi sori ah tak buleh join. Terpaksa balik cepat. Esok ada lari! Lagipun dah sakit hati nak masuk Kuantan lagi sekali...
Ah ngantuk. Tido dulu. Esok-esok sambung update lari pulak. Tensen betul tengok entri tergantung seperti ini. hahaha macam perangai Rajoo.
3 comments:
damn!
padi. sebab tu org suruh keluar bersiar-siar dari Bangi dan belajar baca SIGNBOARDs..
ila: saya sudah berjalan jauh, namun signboard yang salah akan tetap membawa ke jalan yang salah. begitu juga signboard "PEKAN" yang anak panahnya teruss ke hadapan sedangkan aku sepatutnya u-turn.. kipsas tu pun nampak gile kan dari jalan. xterlindung lgsg. memang landmark habis ah. haihhhh
Post a Comment