Thursday, May 21, 2009

Pilihanraya kecil

Hai kawan-kawan yang dikasihi. Bertemu lagi kita di blog yang kurang update sebab malas nak login dan takmau guna teknologi untuk "remember me". Apa khabar semua? harap sihat-sihat semuanya. Cewah gile sweettalk aku. Camni ah.... aku ade masuk kompetition aritu. Tema dia "People and Insipiration" anjuran ArtOnDisplay, dan salah satu rules dia ialah "No Photoshopping or image manipulating". Ok, hadiah utama dia Vivitar Ultra Wide and Slim (UWS). Aku punya Vivitar UWS dah hancur...... Jadi sebenarnye ade la secebis keinginan untuk menggantikannya *wink*

pergh sedey sunggoh

Kebetulan aku ternampak competition ni satu ke dua hari sebelum dateline dia, so aku pun cuba-cuba lah join. Sejajar dengan tema people and inspiration itu, aku telah memilih sebuah gambar (yang ironikally T_T" diambil menggunakan Vivitar UWS buat kali terakhirnye) yang dicapture pada Thaipusam tempoh hari. Alah, aku baru je pun upload gamba tu~

Yang ni ha:


Pastu semalam aku dapat e-mail, cakap gamba aku shortlisted top 14 15. Alhamdulillah =)

Gamba ni faveret aku, sebab... aa sebab... aiseh dah rase macam student nak present la pulak. Ehem. Baiklah,.. saya pilih gamba ni kerana..... pada pandangan saya, ia menampakkan kesungguhan penganut Hindu itu menari bersama Kavadi yang besar dan berat. Ekspresi muka beliau melakar seribu keperitan (pergh) yang ditanggung demi membawa Kavadi tersebut kepada Lord Murugan untuk menyucikan dosa/bernazar. Skala kavadi itu jelas tertera berbanding dengan badannya sendiri (macam budak architecture amik gamba kat site berdiri sebelah pokok utk tunjukkan scale ;p atau En. Meor HOV yang 'menunjukkan scale' di merata-rata tempat). Lihat sajalah posisi tangan beserta otot-otot biseps beliau yang timbul.. Riak pakaiannya juga menunjukkan gerak tarian yang sejajar dengan tajuk gambar ini sendiri iaitu 'dance, dance'. Konteks gambar juga dirakam dengan tampaknya orang-orang ramai di sekeliling subjek, ada yang bertepuk, ada yang menepung tawar (O_O), namun fokus pada subjek tetap nyata kerana terhasilnya vignette yang meng-frame-kan kedudukan subjek di tengah. Dan yang paling saya suka ialah gambar ini diambil secara candid, iaitu segala yang berlaku di sini adalah tidak dirancang oleh saya. Esen (macam esen vanila, essence ah) dan realiti kehidupan termaktub dan di 'beku'kan dalam gambar tersebut. Ceh ape ntah takde bakat langsung nak jadi salesman~ So ape inspirasinya? Inspirasi setiap orang berbeza, kan.. Sebagai contoh;

"Pergh.. sanggup gila dia ni buat macam ni demi menyucikan dosa.. aku semayang 5 waktu pun susah nak complete. Bukannya kena cucuk-cucuk badan bawak Kavadi besar naik Batu Caves pun." detik hati Shahrul Zaman tatkala melihat gambar seorang penganut Hindu menari bersama Kavadi ketika Thaipusam itu.

Sekian. A picture's worth a thousand words. Aku punya 200 je (termasuk dialog) ;(

Jika kamu kasihan padaku, sila lah vote, ya! Manalah tahu kalau-kalau boleh dapat menambah bakul lagi (sila rujuk post sebelum ini) . Jika kamu rasa gambar-gambar dari peserta lain yang sememangnya dahsyat itu adalah lebih dahsyat, maka undilah untuk mereka! Fine. *mata mengecil sambil menjeling*













gudluck aku.

5 comments:

ila ni said...

wah dah official. aku vote utk kao setelah aku dapat sebijik hamper PERCUMA DARI KAO.

Ilyas Zubir said...

aku dah vote..semoga menang beb

amacatlover said...

wokeh ikwan, aku vote utk ko.. hehehe

keriangandunia said...

tengkiou kawan2 yang dikasihi!

Ilyas Zubir said...

menang x?