Sunday, June 27, 2010

Jetlag

Balik dari Shanghai sampai LCCT dalam pukul 5 pagi lebey, tunggu bas macam tungau sampai pukul 7. Sampai fac breakfast bismillah dulu. Dapat teh ais terbaik dalam dunia. Pastu gagahkan diri tak tido, lunch kat kenduri Zainab kat Teras Jernang. Malam ini mahu tonton bagaimana Germany membelasah Inggerland. Kalau ada rezeki boleh extend lagi tengok Mehico vs Maradona sekali. kthxbye

Monday, June 21, 2010

Bagaikan Ip Man membela Wing Chun

Dalam kancah kemelut pertandingan yang berlangsung kat Afrika Selatan tu, apa tah nama dia aku tak tau sangat sebab yang kedengaran hanyalah bunyi vuvuzela yang bagaikan lalat menghurung bangkai itu, aku akan mengalihkan pandangan ke Timur. Bukanlah untuk menyokong pasukan bolasepak dari timur sebab Germany memang dah konfem di hatiku, tapi aku sendiri yang akan berlangsung ke Shanghai lagi 6 jam dari sekarang. Tujuan utama: Shanghai World Expo 2010. Buatlah itinerary apa pun, yang lain-lain dah tak kisah dah. haha berbekalkan rakan-rakan sekelas yang mahir dalam bidang senibina masing-masing, semuanya bagai tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke tanah tumpah darah Mao itu.


Aku masa mula-mula masa tengah planning dulu teruja gak, tapi dah lama sangat, dah cuti lagi,.. dah malehhhh nak pegi. Hahahaha aku harap sejejaknya kaki aku di sana kelak, pemikiran aku akan berubah dan akan kembali menjadi excited seperti manusia lazim.

Aku harap di sana aku akan disajikan dengan santapan-santapan minda dari pelbagai bentuk dan konsep seni reka yang maju.

Aku harap di sana aku akan terlindung dan terselamat dari segala malapetaka dan bencana dan kesusahan dan kelaknatan. Semoga trip kami ini diberkati dan dilimpahi rahmat.

Aku harap di sana aku tidak membazirkan wang ringgit yang sikit ini untuk shopping sakan yang bukan-bukan (pakaian sukan bukan bukan-bukan yeh).

Aku harap di sana aku tak menghadapi kesukaran untuk makan sebab walaupun food provided, tapi mesti ah nak kena adventure sikit kan.. apatah lagi buat penggemar rancangan Bizarre Food. Kalau boleh dapat makanan macam Mohd Chan Abdullah pun cun gak.. haihh apakandaya.. tau-tau je lah makanan kat sana memang sinonim dengan ke-tidakhalal-annya. Jadi walau apa jua yang berlaku, pastikan makanan itu halal, ye! Sebab ia akan menjadi sebahagian daripada darah daging. Kadang-kadang yang dah termaktub halal tu pun orang boleh pertikai..


Kalau kau, makan tak?

Thursday, June 17, 2010

Apa kau buat weekend lepas?

Tengok TV? Bola? Bangun lambat? Makan besar? Dating? Wayang? Kendur kawin?
Ape bar..



Gingerbread Man Runners, foto credit Nurul 'Ain


Woohoo! 1st time lari 10km, 1st time join race. Dulu joging sekadar nak pastikan kesihatan tiptop, tapi tiba-tiba rakan taulan ajak join race, pastu alang-alang tengah cuti, join je lah. Best best best! Tak kisahlah walaupun 10km tu tahap ayam-ayam je kan di kalangan pelari hebat. At least it's something =) Dan disebabkan takde gadget canggih-canggih, maka aku lari sambil bawak henfon untuk meng-timing-kan diri. Hahahaihh finished 10km dengan catatan masa 01:07:20.74. Banyak lagi nak kena improve. Terpaksa list down supaya tak lupa, dan juga boleh menjadi rujukan kepada noob runners lain sepertiku:

1 - Pastikan malam sebelumnya tak main futsal 2 jam. 10-12 konon, padahal habis dah dekat 12.30, sampai rumah dalam kul 1, tido dekat pukul 2 gak. Sebelum main cakap kat diri sendiri: jangan terlalu serious. Main rilek-rilek je, avoid injuri+fatigue. Konon. Habis main basah kuyup berpeluh tahap boleh perah, betis dah mula rasa 'ketat'. Nak kena bangun 4.45, breakfast roti+pisang+milo, minum air, buang air. Konon. Bangun 5.15 kelam kabut barang semua tak siap lagi, breakfast pisang je yang sempat.

2- Jangan pakai stokin terlalu pendek. Melecet doh. Orang pasar malam design stokin tak pikir ke pasal pengguna???? haih

3- Pasang nombor siap-siap kat rumah. Tak payah nak harapkan ada rakan nak buang air besar kat R&R baru nak sibuk-sibuk pin nombor

4- Kena pandai conserve energy. Haritu last 2km dah pancit gilbab

5- Paling penting: Have fun!


Owhhh malam tu pergi kendur kahwin Lutfi cawangan Aini pulak, kat Dewan Perdana Felda, KL. Grandeur~ coklat sedap gilz! =)

Saturday, June 12, 2010

Alamakcik

Semalam kan, aku pegi Alamanda Putrajaya. Biasalah budak tak cool tak lepak depan entrance Pavilion kan. Lepas tu kan sepertimana golongan-golongan lain yang gemar membaca kan, aku pegi MPH. Tapi aku bukanlah pembaca sangat, aku beli magazine je kan. Masa nak beratur bayar tu, aku ternampak seorang makcik kat sebelah counter tengah tengok buku bersama anak-anak gadisnya. Ketiga-tiga mereka berpakaian kemas, bertudung litup (ape tu sebenarnya tak tau, tapi bertudung ah), berperilaku baik sambil si kakak menunjukkan perkara-perkara menarik dari buku yang dijual di situ kepada adiknya. Melihat situasi itu aku rasa sungguh tenang.. ye lah, kecik-kecik lagi dah dimanjakan dengan buku. Tak macam budak zaman sekarang kecik-kecik dah main PSP iphone4 laptop alienware. Tambahan pula pakaian yang dikenakan memang sopan santun. Yang belum baligh lagi pun dah berlatih berpakaian lengkap muslimah sejati. Kiranya kalau sekali pandang, nak di-steroetype-kan memang bajet ini sekeluarga ahli shurga lah ni

Oh masa tengah beratur tu ada seorang lagi makcik depan aku. Bila agak-agak makcik depan aku tu tengah bayar, tiba-tiba "makcik ahli shurga" ni potong queue aku dengan selamba. Macam langsung tak bersalah, dan macam aku memang tak layak beratur kat situ. Aku dah "wafakk???" dalam hati, tapi masih cuba berprasangka baik. Sebab masa tu mood tengah baik, perut tengah kenyang, hati tengah senang. Barangkali dia cuma nak tanya benda je kat kaunter tu, sebab kat tangan dia pun tak bawak buku apa-apa untuk dibayar. Cuma mungkin dia kurang pendidikan jadi hanya tahu berpakaian molek tetapi berperangai monyet.... Sekali tiba-tiba anak dia pass buku yang dia SOROK kat tepi counter tu supaya orang (dalam kes ini, aku lah) tak tau yang sebenarnya dia nak potong line nak bayar cepat. "INI DAH KURANG HAJAR MAKCIK KEPARAT TUA LICIK!!!! (MKTL)" bentak hatiku.. hati je lah.. aku tak sound pulak makcik tu depan-depan. Sebab nak menjaga maruah si ibu di hadapan anak-anak kecilnya yang dikhuatiri akan mengikut jejak langkah MKTL tatkala besar kelak. Aku keluar dari barisan, bagi orang lain potong aku, dan beratur balik dari belakang. Semata-mata supaya aku tak memberontak kat MKTL itu. Mulia kan aku?

Tapi dalam hati membuak-buak. Sampai kat rumah pun masih panas lagi. Aku masih ingat time shopping raya dulu pun kena potong line jugak. Aku tak bertindak jugak. Keperitan di hati cuba dihilangkan dengan mencari air-sedap-yang-mahal-tapi-jadi-tak-sedap-sebab-tak-bernafsu masa prepare final presentation tempoh hari. Berbekalkan air jijik di tangan, aku berfantasi alangkah indahnya jika aku dapat menyimbah cecair ini kat MKTL tadi...

Simbah jus yahudi ini ke mulut MKTL. oh indahnya dunia~ ^.^

Dan mulai hari ini, jika siapa-siapa potong line aku lagi, aku berikrar akan menyuarakan kepincangan yang berlaku. Sopan santun hormat menghormati hati mulia budi bahasa 1malaysia semua taruk tepi.

Thursday, June 3, 2010

Apa telah berlaku

Ok selama aku senyap itu aku mengalami jalan kehidupan yang sukar. Dan cilaka. Ah kamu semua pun tahu kan. Buat kerja siang malam mengalahkan binatang. Menjauhkan diri dari kegiatan-kegiatan sosial bersama rakan taulan. Segala nafsu telah tertutup, hatta nafsu makan sekalipun. Boleh tak sampai anggap makan tu menyusahkan? 24 jam sehari tu rasa sungguh la cepat berlalu. Masa tu mencarut-carut kenapa lah manusia perlu tidur, makan, mandi, bersosial, layan tetamu yang datang rumah, basuh pinggan, basuh baju, jemur baju, buang sampah, amik surat, bayar bil, topap henfon, jual suratkhabar lama, bernyahtinja, berehat, etc. dan kenapa pula komputer perlu crash, hang, temperature tinggi, lembab, sangkut, cursor mouse lompat-lompat, not enough virtual memory, rasterizing image sampai sejam, autocad error, bugsplat.. @#$@#$!@%@@%$ ah malas sungguh nak cerita pasal ni. Sakit hati sakit jiwa sakit raga.

...sepanjang masa kepala rasa kebas macam dah tak cukup darah kat otak. Ah sudah sudah!

Sekarang cuti. Tapi cuti pun masih ade kerja walaupun tak bekerja. Tapi disebabkan cuti, nafsu-nafsu kembali pulih. Bila tak makan, jadi lapar. Makan tu kembali menjadi satu ritual yang nikmat. Begitu juga dengan tidur. Tak perlu lagi tidur dalam keadaan tak selesa semata-mata nak memastikan tidur itu tak lena dan akan bangun selepas 1-2 jam supaya dapat sambung buat kerja. Warghh, ia memang melanggar norma kehidupan manusia. Dan terdapat segelintir orang yang BANGGA kerana melakukan perbuatan-perbuatan keji lagi terkutuk ini. Tapi aku tak. Aku mau hidup seperti manusia biasa. Tidur kene cukup. Sekarang aku tidur pukul 1, bangun pukul 11 T_T... aku juga mahu hepi. Lebih-lebih lagi di hari besday. Tak kiralah ada kerja ke exam ke sembelit ke masuk penjara ke, time besday adalah hari wajib hepi.


Oh hepiness =))


Dan masa-masa dalam kerunsingan tu lah dok dengar budak-budak dok sebut pasal glee lah ape lah. Masa tu memang aku "what is this i dont even..." lepastu time cuti tertengok pulak. Sekarang kalau tiap-tiap hari tengok video kat bawah ni pun takpe. Industri hiburan lain boleh bungkus.





Siapa yang nak kata "they ruined the song" atau "glee is for fags", sila main jauh-jauh. Aku tak perlukan kamu untuk mengenjoy the song and the simple dance routine yang menampilkan well-toned svelte figures yang sungguh graceful dan cheeky all at the same time. lihat sahaja gerakan pinggul yang nyum nyum comel dan sungguh memukau itu; semuanya dirumuskan dalam masa kurang dari 1 minit! Oh, costume juga memainkan peranan penting. Cheerleaders...........

HHHNNNGGGGGHHHHHH!!!!!