
Aku masa mula-mula masa tengah planning dulu teruja gak, tapi dah lama sangat, dah cuti lagi,.. dah malehhhh nak pegi. Hahahaha aku harap sejejaknya kaki aku di sana kelak, pemikiran aku akan berubah dan akan kembali menjadi excited seperti manusia lazim.
Aku harap di sana aku akan disajikan dengan santapan-santapan minda dari pelbagai bentuk dan konsep seni reka yang maju.
Aku harap di sana aku akan terlindung dan terselamat dari segala malapetaka dan bencana dan kesusahan dan kelaknatan. Semoga trip kami ini diberkati dan dilimpahi rahmat.
Aku harap di sana aku tidak membazirkan wang ringgit yang sikit ini untuk shopping sakan yang bukan-bukan (pakaian sukan bukan bukan-bukan yeh).
Aku harap di sana aku tak menghadapi kesukaran untuk makan sebab walaupun food provided, tapi mesti ah nak kena adventure sikit kan.. apatah lagi buat penggemar rancangan Bizarre Food. Kalau boleh dapat makanan macam Mohd Chan Abdullah pun cun gak.. haihh apakandaya.. tau-tau je lah makanan kat sana memang sinonim dengan ke-tidakhalal-annya. Jadi walau apa jua yang berlaku, pastikan makanan itu halal, ye! Sebab ia akan menjadi sebahagian daripada darah daging. Kadang-kadang yang dah termaktub halal tu pun orang boleh pertikai..

Kalau kau, makan tak?
3 comments:
dah la ade tande halal, fresh pastu air flown. peh lengkap pakej. btul2 bersih dan suci. baik mkn. haha
gamba lame...tah2 potosop...
faha: yess! yg penting kene yakin. dah terang lagi bersuluh HALAL tu kan. hahahahaha
raj: jenama "pasar" tu. gile melayu. hahaha kalo jumpe memang rezeki ah
Post a Comment