Thursday, June 17, 2010

Apa kau buat weekend lepas?

Tengok TV? Bola? Bangun lambat? Makan besar? Dating? Wayang? Kendur kawin?
Ape bar..



Gingerbread Man Runners, foto credit Nurul 'Ain


Woohoo! 1st time lari 10km, 1st time join race. Dulu joging sekadar nak pastikan kesihatan tiptop, tapi tiba-tiba rakan taulan ajak join race, pastu alang-alang tengah cuti, join je lah. Best best best! Tak kisahlah walaupun 10km tu tahap ayam-ayam je kan di kalangan pelari hebat. At least it's something =) Dan disebabkan takde gadget canggih-canggih, maka aku lari sambil bawak henfon untuk meng-timing-kan diri. Hahahaihh finished 10km dengan catatan masa 01:07:20.74. Banyak lagi nak kena improve. Terpaksa list down supaya tak lupa, dan juga boleh menjadi rujukan kepada noob runners lain sepertiku:

1 - Pastikan malam sebelumnya tak main futsal 2 jam. 10-12 konon, padahal habis dah dekat 12.30, sampai rumah dalam kul 1, tido dekat pukul 2 gak. Sebelum main cakap kat diri sendiri: jangan terlalu serious. Main rilek-rilek je, avoid injuri+fatigue. Konon. Habis main basah kuyup berpeluh tahap boleh perah, betis dah mula rasa 'ketat'. Nak kena bangun 4.45, breakfast roti+pisang+milo, minum air, buang air. Konon. Bangun 5.15 kelam kabut barang semua tak siap lagi, breakfast pisang je yang sempat.

2- Jangan pakai stokin terlalu pendek. Melecet doh. Orang pasar malam design stokin tak pikir ke pasal pengguna???? haih

3- Pasang nombor siap-siap kat rumah. Tak payah nak harapkan ada rakan nak buang air besar kat R&R baru nak sibuk-sibuk pin nombor

4- Kena pandai conserve energy. Haritu last 2km dah pancit gilbab

5- Paling penting: Have fun!


Owhhh malam tu pergi kendur kahwin Lutfi cawangan Aini pulak, kat Dewan Perdana Felda, KL. Grandeur~ coklat sedap gilz! =)

2 comments:

ninazarina said...

bestnye join xtvt camni! aku dulu pun ade berangan nk join xtvt camni, tp asik x jd jek..huhu

keriangandunia said...

join weh! best gile. dan puas hati sebab melakukan aktiviti sihat =)