Tup tap tup tap dah nak habis dah Ramadhan en. Cepat sungguh masa berjalan.. biarlah walaupun sebenarnye setiap hari dok komplen "lambatnye mase berlalu... bile nak habis ofis ni.. bile nak bebuka ni..". Pastu weekend tido tak ingat, memanggg cepat mase berlalu. Bile hari Ahad, cakap "Esok keje doh", sume nak down. Tengah berborak rancak gelak hilai tawa ria kat kedai kopi pun terus bleh senyap, tunduk dan cakap "Ah sial ah buat ape ko bagitau.. down ah.. down".
Takpe my frens. Dowori..1 final week of keje in Ramadhan, n then u'll all b free with the syaitans bergelimpangan. Have fun.
Oh adekah "syaitan yang diikat pada bulan Ramadhan" itu syaitan secara fizikal atau rohaniah?
Mengikut pengalaman dan pengetahuan aku, syaitan yang diikat itu adelah syaitan rohaniah. Maknanya syaitan dalam hati kamu-kamu semua (dan aku juga. ok.). Sepatutnya bila dah takbleh makan siang selama sebulan, kita semua sedar akan kelemahan diri setelah satu nikmat ditarik, lalu menjadi zuhud insaf dan baik perilaku dan amalan "puasa" ini sepatutnya diamalkan SETIAP HARI SEPANJANG TAHUN. Bukanlah tak makan siang selama setahun, tapi berbuat baik, baca kitab2, banyakkan semayang sunat, bersedekah, jaga mata, jaga tingkahlaku, jaga tuturkata, etc etc. Eh cukuplah tu. i bukannye pandai sangat perihal agama ni, kang abang-abang-baju-biru-tua dan geng whiteheads marah pulak.
Aku juga pernah bertemu dengan manusitan (manusia hybrid syaitan) di bulan Ramadhan al mubarak ini. Walaupun tak sedetail dan sehebat Tamar Jalis bercakap dengan jin atau berkelahi dengan syaitan atau tidur di rumah bunian atau bertemu dengan penunggu babi hutan, aku kongsi gak beberapa petikan dari catatan diari kecil anganku:
Kisah pertama berlaku ketika 1st day keje di bulan puasa haritu. Memang rase pelik sikit la. Rase hari itu sungguh dull. Cuaca kelabu, tapi langit cerah. Balik ofis panas terik sampai silau mata aku. Dahla mengantuk, silau kene matahari lagi. Habis sepet ah driving.. aku dah tak selesa nak memacu kereta nasionalku. Nasib baik rumah hanya 5 minit.
Kuar ofis, elok elok je masuk selekoh pertama, kereta yang belakang aku dah sibuk nak potong kete aku. Padahal kalau potong pun bukan bleh pegi mane pun. Kete byk doh atas jalan. dia himpit2 cucuk2 kete aku nak potong jugak... jadi di bulan puasa yang mulia ini, aku ketepi lah bagi dia ruang. Elok je lepas potong aku dia masuk balik depan aku, bawak slowwww nak mampppp.
Setan.
Pastu satu hari tu aku pegi beli kuih raya kat OU dengan 'Ain (upmarket tak kuih aku? import OU beb. mahu? dtglah umah 1 Syawal). Aku cuba melatih diri memandu perlahan sebab dia tak suka aku bawak laju. Setiap kali kuar kene marah bawak laju. ha ha. So aku memandulah dengan perlahan. Tapi bukan lembab ok. Perlahan yang cermat. Defensive driving bak kate omputih. stay lane kiri.. aku bwk dlm 70-80km/j gak ah, takde la lembab loser mane pun. Tetiba kat depan ada susur masuk dari kiri. Aku nampak ade satu kereta nasional lain yang tengah laju nak masuk lane aku. Naluri aku dah nak pecut dah supaye dapat pintas situasi itu sebelum kete tu masuk, tapi dengan niat baik, aku slow down dalam 20m jugak ah sebelum simpang tu. Elok je aku slow, dia pun nak slow jugak. Hatiku terdetik "haih ape bende la nih" lalu aku kembali memecut. Dan dan tu jugak dia pun pecut, pintas depan kete aku dalam 20 cm ah gak. Teberenti aku. Tak pasal kene hon dengan kete belakang. Hangin betol.. Perilaku kereta cemas itu diteruskan, beliau mencilok beberape kete yang lain macam kejar masa sangat hanya tinggal 4 minit untuk menyelamatkan dunia, sampailah kat tol yang tak jauh dari situ, dia beratur panjaaaang kat lorong tunai.
Setan.
Waktu aku nak bayar barang kat sebuah pasaraya, ade lah satu couple ni depan aku. Patutnya masuk kat "in", keluar kat "out" lah kan, tapi dia patah balik keluar kat "in" jugak.
Setan.
Oh cukuplah sampai sini dulu. Ni belum cerita pasal penjual makanan basi dan tak berkualiti kat Bazaar Ramadhan lagi. haih~ lagi setan
Sedikit review bolasepak hujung minggu lepas! Ruangan kecil ini spesel aku bancuh untuk si buyung tuan tanah loqslaq.
Sumbeq gambaq: http://www.teamtalk.com/