Showing posts with label hidup. Show all posts
Showing posts with label hidup. Show all posts

Sunday, March 27, 2011

Bareno Run 2011 short repork

Larian kedua tahun ni.. Agak kelam kabut sebab start awal gilebabz. 6.30 pagi kat Bukit Jalil.. kalini lari spesel edition sikit sebab aku lari pegang baju chombcaster. hahahaha Pastu kitorang start lambat sikit sebab sebok dok testing camera megapixel/red eye blackberry vs iphone sampai orang dah start lari pun tak sedar. Takde bunyi airhorn ke siren ke pistol ke ape nak indicate race dah start. haih sakit jiwa betul.. start dari belakang gilebab, sunyi sepi je. So terpaksa lari laju sket nak catch up dengan crowd. Playlist lagu kat henfon pun tak sempat nak setup, play je ape yang ada sampai lagu OST zorro Tina Arena & Marc Anthony, fake plastic tree - radiohead, new years day - U2 dan i dont wanna miss a thing aerosmith pun jadik lagu peneman race T_T



Nasib baik dah pernah lari route ni masa CICM Run tahun lepas, so dah tau apa nak expect sume. Tapi itupun tak mampu nak lari 100%. hahahah ada jugak 2-3 kali pancit yang amat kat bukit, terpaksa jalan.. Pastu masa dah nak sampai Finish line tengok-tengok kena beratur. 1st time nih kena beratur nak finish race. Rupanya dapat tempat 258, dapat medal. YAYYYYYYY!!!! Dia punya medal limited sampai 600 je, so dapat medal sangatlah best+puas hati =D Kalini aku punya timing macam tak berapa betul. Kat henfon tulis 56 minit, tapi macam tak logik la pulak.. mungkin aku terrrr tekan masa tengah lari tu. So aku assume dalam sejam lebih jugak masa untuk run ni..


Placing card featuring baju chombs kat finishing line



medal + sijil = happi =D


Oh lepas lari tu ada Gardenia bagi roti. Aku tengah penat tu maleh nak makan roti. Kebetulan pulak depan aku ade sorang Aunty ni tengah dok nagging budak kecik yang bagi roti tu sebab dia nak 2 roti, budak tu tak bagi. Dia kata bos dia suruh bagi sorang satu je. Aku kesian kat dua-dua orang ni so aku offer roti aku kat Aunty tu, kot-kot la dia lapar gilebabi nak makan roti. Pastu dia taknak pulak. haihhh kiasu gile perangai~



Kacang merah celup air gula = tak sedap

Thursday, March 24, 2011

Larian Bangi Perdana 2011

Masuk 2011 aku punye target larian:
1. nak khatamkan 10k race sub-hour
2. nak dapat medal yang limited tu
3. terai half marathon (21km)
4. join lagi banyak race! kalau boleh tiap-tiap bulan nak join 1 race. Tahun lepas dah join 8

Tapi apakan daya... bulan 1 terpaksa miss Larian Gemilang UM sebab kena pegi Tasik Raban, Perak. So bulan 2 ialah 1st race untuk tahun ini! Larian Bangi Perdana 2011. Pehh lari kat home ground wei.. Memang wajib ah masuk. Disebabkan dekat dengan rumah, so takde la nak kelam kabut sangat, lilek2 je pegi PKNS tunggu start larian. Organizer ah macam kelam kabut sikit last minit baru nak pasang banner "MULA", baru nak kawal trafik sume. Dannnnn... hehe aku tamatkan larian dengan masa 0:59:22! wOOOOOtz bawah sejam~~! Tapi sebab takde timing chip so anggap belum official lagi ah. Hm larian Bangi agak nice sebab dapat lari dengan jiran-jiran yang sebenarnye banyak aku tak kenal dah sebab dah masuk generasi baru -_-

Tapi route larian memang tahpape la. Dari kawasan commercial, masuk kilang, lalu tepi kandang kambing, retention pond ke hape bau busuk gila, pastu lalu tepi TNB reserve land, hujung-hujung baru lalu tepi tasik.




Kau tengok dia punya bib number pun dah nampak kodi kan.. belasah je lah. Anyway, tahniah kepada organizer sebab berjaya pull-off this event. Kembalikan aktiviti lari-lari kat Bangi. Sebab aku ingat lagi dulu masa sekolah aku selalu nampak iklan Larian Utusan Bangi dalam suratkhabar.. sekarang takde dah. Dari dulu teringin nak join tapi masa sekolah dulu tak berape nak bersukan sangat. Sekali sekala je sprint bila Cikgu K*mariah bawak kutu-kutu baju kuning rush padang/reban ayam


hancur sijil aku kene peluh+ketiak apa bagai T_T"

Saturday, March 12, 2011

Happie 2011!

lets do this again
selamat 2011!

Ni video yg aku slalu tengok bile down down down
Ia mengingatkan aku bahawa masalah aku tu sebenarnye kecik je
Dan sangat banyak benda hebat yang berlaku di sekeliling bumi yang sometimes kita tak pernah terfikir langsung pun.
Dan... apa lagi tah. Dah lama tak tulis, karat.

The world is just awesome!





Ada lagi 1 version.. tapi taktau nak pilih yang mana satu sebab dua-dua pun ohsem



ok
*kembali sulking*


*edit: FFFFUUUUUUUUUUUUU format pun dah patut tukar.. brb.

Tuesday, September 7, 2010

Alahai suwitnye kuci kuci

Alahai suwitnye amoi-amoi kelas aku nak makan pun sorok-sorok supaya tak mengganggu puasa kami-kami yang kurang daya ketahanan ini. Walaupun dah kata "Eh takpe ah makan je la, aku bukannya akan 'Nah Siti Insyah' kat kau pun", tapi masih nak sorok. Bagi aku lapar tu bukan masalah besar waktu puasa ni.. tapi NGANTUK. Haihhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~

Oh dah nak habis dah kan bulan Ramadhan ni. Kawan-kawan pun dah start semak-semak tag Kad Raya Saiber kat facebook, pastu berjuta orang komen, langsung berjuta new email notification masuk.. jangan salah faham ye. Aku bukan memandang rendah cubaan kamu menggunakan laman sosial untuk bagi kad raya secara percuma.. cool memang cool, akan tetapi notification yang tak berkaitan pulak yang berjela-jela membuat hatiku tak keruan. Jadi kalau ade sesape yang tag aku tu, insya Allah aku akan remove tag dengan penuh kesopanan dan rasa hormat. Dan aku tak meninggalkan komen juga karena aku tak mau dibelenggu notifikasi-notifikasi liar yang bakal mendatang, namun jauh di lubuk hati aku amat menghargai ucapan itu dan mengewishkannya kembali kepada kamu dalam hati. Sweet nye i ~♥~

Dannnn.. sekarang mood tengah mellow dah slow down nak raya kan? Jadi apalah salahnya spend barang 7 minit lebih sikit untuk tengok video ni kejap sebelum balik kampung




Aku pun sekarang kalau dah nak start bawak laju/reply sms/jawab fon masa tengah driving terus hum lagu ni, pastu teringat video nih seram la sial...

So take good care yah!

p/s: aku dah tengok video nih berjuta-juta kali pun tapi setiap kali tengok pun masih meremang tengkuk

Thursday, August 12, 2010

Selam at Ramadhan

Eh apebendekah yang tiba di pintu rumah tatkala tiada siapa berada di rumah tadi? Hmmm hadiah hari raya kah?



Awalnye raye? Baru je start puasa. Sehari sebelum puasa semua macam gembira wish-wish kat orang, 1st day semua start bising "lapar, ngantuk, letih, etc". Tak percaya sila rujuk fb masing-masing. Aku rasa post-post kat fb berganda di bulan puasa. Link ke youtube juga menjadi lebih lebat.. sungguh variety. Man Bai Hijjaz Maher Zain JPJ tahan mat rempit video musik iklan lucu korea jepun kelakar; semua ada lah! Eh tapi ambience bulan puasa best ah. Rasa tenang damai nyaman je. Mula-mula ingatkan aku sorang je rasa macam ni, rupanya banyak jugak yang berkongsi perasaan yang sama. Walaupun seharian tak makan tak minum tapi boleh dapat ketenangan jiwa tu. Kalau la dapat transfer perasaan macam tu pada bulan-bulan lain memang nikmat ah hidup. Macamana fenomona sebegitu boleh berlaku eh? Padahal bulan puasa pun sehari masih 24 jam. Malam pun tidur lewat jugak, malah kena bangun sahur pagi-pagi buta lagi. Oh rupenye sebab siang banyak tido

Masa puasa ni dah terbayang-bayang nak shopping raya. Teringat pulak suasana hingar bingar masa pergi Jalan TAR dulu. Banyak gila barang. Baju, sampin, songkok, butang baju, capal, baju kurung, kebaya yang wow, tudung macam-macam stail... Dulu time Wardina pakai tudung, kedai jual tudung Wardina.. pastu tudung Siti, yang paling jadah bila Mawi tengah tsumawi, ade jugak tudung Mawi. Bangang betul. Marketing produk tu berjaya sebab fantasi pembeli yang kononnya akan secantik Wardina/Siti kalau pakai tudung tu. letak ah harga berapa pun, wannabes pasti beli.. tak sedar diri betul. Kau pakai tudung untuk jadi cantik macam artis eh? Nak jadi kewl sebab sama macam artis eh? Hak tuih. Beli ikut kemampuan sudah lah. Takkan kau tak ada taste dan preference sendiri nak pakai tudung apa macam mana sume. Haihh.. macam aku, biasa kalau beli baju raya pun aku target kain sedap. Itu prioriti. Gasaklah kau nak cakap aku kampung ke ape kalau beli kain cotton tak pakai kain kilat-kilat bersulam pumpangpumpang.. Raya tahun ni aku dah target satu baju tu. Tinggal nak beli je. Siap dengan kopiah putih..









Songkok takmau ya. Sebab kopiah adelah championnnnn!



Maka secara automatis penuhlah penuh ilmu agama di dadaku ini. Yeeehawwwww~! Selamat berpuasa semua!

Wednesday, July 21, 2010

update sikit tengok macamane

Macam ni ah senang cite..

Sabtu lepas aku pegi kenduri kawin Kampit kat Pekan, Pahang. Sebelum pegi tu sume berapi-api nak gerak same lah reunion lah ape lah. Bila hari dah dekat, banyak yang mula bagi alasan. Tapi Halim takpe. Dia ada alasan yang paling kukuh dalam dunia. Dia ada Futsal Keamanan PBB ke ape tah. Tapi memang sejenis futsal yang penting la kan.. lepas tu yang sekerat lagi bakal pegi ni pun berkonon nak bergerak bergerak Joe Flizzow pukul 8 PAGI. Kelas harian yang start pukul 9 pun tak pernah punctual, inikan pulak 8... So aku tak berjanji dengan diorang. Dengan penuh matang dan realistik aku cakap "Tengok ah esok camne"..

Maka esok pun tiba. Aku bangun pagi. Tengok jam pukul 10. Haram.. dah lewat. Mesej Kompas, dia pun baru bangun. Tak guna.. pastu Angah kol dok meroyan hyper ape tah aku tak ingat. So akhirnya aku pergi berdua dengan Kompas. Bertolak pukul 12 ah jugak. hahahaha berbekalkan map Kampit yang sangatlah difahami oleh jiran-jiran terdekat dia, aku sesat lalu jalan kampung pegi Gambang. Macam gampang banyak lori. Pastu lepas gadis-gadis stesen minyak BHP konfirmkan bahawa ianya jalan yang salah, patah balik, pastu salah jalan LAGI. Masuk bandar Kuantan pulak. "Menata unggoh.." bak kata ora ora Peka. Dengan tangan yang menggenggam penumbuk falcon padu, aku terpaksa gunakan talian hayat terakhir yang bakal merobohkan tembok ego yang selama ini begitu kebal: telipon Wak. Dengan magisnya Wak tau pulak tatacara untuk ke rumah Kampit bagi mereka yang telah salah jalan. TEREL GILE kan Wak boleh bagi guide on the spot begitu...... aku sungguh pasti yang sebenarnya dia DAH sesat dulu dah pagi tu, tapi sebab dia sampai pagi, so banyak masa nak explore cari jalan sebenar. Kah kah kah jangan nak buat-buat terel la Wak. macam la aku tak tau~

Oh sampai sana pukul 4. Nasib baik ade pasukan kutu yang diwakili oleh HAJI Kude, Ted dan Mapley bersame pasangan meraka sampai lambat jugak. Makanan khemah dah nak tutup-tutup dah. Orang catering dah kutip pinggan nak balik, tapi kami selaku VIP, maka perlulah pengantin kena bizi-bizi layan kitorang makan. Punye lah bedu masing-masing, sorang pun tak bawak kamera. Maka tiada gambar di entri ini. Dalam 5.30 betolak balik, sampai 8.30 kot. Boleh pulak budak-budak lain ajak lepak Teluk Cempedak ke ape tah. Tapi sori ah tak buleh join. Terpaksa balik cepat. Esok ada lari! Lagipun dah sakit hati nak masuk Kuantan lagi sekali...

Ah ngantuk. Tido dulu. Esok-esok sambung update lari pulak. Tensen betul tengok entri tergantung seperti ini. hahaha macam perangai Rajoo.

Sunday, June 27, 2010

Jetlag

Balik dari Shanghai sampai LCCT dalam pukul 5 pagi lebey, tunggu bas macam tungau sampai pukul 7. Sampai fac breakfast bismillah dulu. Dapat teh ais terbaik dalam dunia. Pastu gagahkan diri tak tido, lunch kat kenduri Zainab kat Teras Jernang. Malam ini mahu tonton bagaimana Germany membelasah Inggerland. Kalau ada rezeki boleh extend lagi tengok Mehico vs Maradona sekali. kthxbye

Thursday, June 17, 2010

Apa kau buat weekend lepas?

Tengok TV? Bola? Bangun lambat? Makan besar? Dating? Wayang? Kendur kawin?
Ape bar..



Gingerbread Man Runners, foto credit Nurul 'Ain


Woohoo! 1st time lari 10km, 1st time join race. Dulu joging sekadar nak pastikan kesihatan tiptop, tapi tiba-tiba rakan taulan ajak join race, pastu alang-alang tengah cuti, join je lah. Best best best! Tak kisahlah walaupun 10km tu tahap ayam-ayam je kan di kalangan pelari hebat. At least it's something =) Dan disebabkan takde gadget canggih-canggih, maka aku lari sambil bawak henfon untuk meng-timing-kan diri. Hahahaihh finished 10km dengan catatan masa 01:07:20.74. Banyak lagi nak kena improve. Terpaksa list down supaya tak lupa, dan juga boleh menjadi rujukan kepada noob runners lain sepertiku:

1 - Pastikan malam sebelumnya tak main futsal 2 jam. 10-12 konon, padahal habis dah dekat 12.30, sampai rumah dalam kul 1, tido dekat pukul 2 gak. Sebelum main cakap kat diri sendiri: jangan terlalu serious. Main rilek-rilek je, avoid injuri+fatigue. Konon. Habis main basah kuyup berpeluh tahap boleh perah, betis dah mula rasa 'ketat'. Nak kena bangun 4.45, breakfast roti+pisang+milo, minum air, buang air. Konon. Bangun 5.15 kelam kabut barang semua tak siap lagi, breakfast pisang je yang sempat.

2- Jangan pakai stokin terlalu pendek. Melecet doh. Orang pasar malam design stokin tak pikir ke pasal pengguna???? haih

3- Pasang nombor siap-siap kat rumah. Tak payah nak harapkan ada rakan nak buang air besar kat R&R baru nak sibuk-sibuk pin nombor

4- Kena pandai conserve energy. Haritu last 2km dah pancit gilbab

5- Paling penting: Have fun!


Owhhh malam tu pergi kendur kahwin Lutfi cawangan Aini pulak, kat Dewan Perdana Felda, KL. Grandeur~ coklat sedap gilz! =)

Saturday, June 12, 2010

Alamakcik

Semalam kan, aku pegi Alamanda Putrajaya. Biasalah budak tak cool tak lepak depan entrance Pavilion kan. Lepas tu kan sepertimana golongan-golongan lain yang gemar membaca kan, aku pegi MPH. Tapi aku bukanlah pembaca sangat, aku beli magazine je kan. Masa nak beratur bayar tu, aku ternampak seorang makcik kat sebelah counter tengah tengok buku bersama anak-anak gadisnya. Ketiga-tiga mereka berpakaian kemas, bertudung litup (ape tu sebenarnya tak tau, tapi bertudung ah), berperilaku baik sambil si kakak menunjukkan perkara-perkara menarik dari buku yang dijual di situ kepada adiknya. Melihat situasi itu aku rasa sungguh tenang.. ye lah, kecik-kecik lagi dah dimanjakan dengan buku. Tak macam budak zaman sekarang kecik-kecik dah main PSP iphone4 laptop alienware. Tambahan pula pakaian yang dikenakan memang sopan santun. Yang belum baligh lagi pun dah berlatih berpakaian lengkap muslimah sejati. Kiranya kalau sekali pandang, nak di-steroetype-kan memang bajet ini sekeluarga ahli shurga lah ni

Oh masa tengah beratur tu ada seorang lagi makcik depan aku. Bila agak-agak makcik depan aku tu tengah bayar, tiba-tiba "makcik ahli shurga" ni potong queue aku dengan selamba. Macam langsung tak bersalah, dan macam aku memang tak layak beratur kat situ. Aku dah "wafakk???" dalam hati, tapi masih cuba berprasangka baik. Sebab masa tu mood tengah baik, perut tengah kenyang, hati tengah senang. Barangkali dia cuma nak tanya benda je kat kaunter tu, sebab kat tangan dia pun tak bawak buku apa-apa untuk dibayar. Cuma mungkin dia kurang pendidikan jadi hanya tahu berpakaian molek tetapi berperangai monyet.... Sekali tiba-tiba anak dia pass buku yang dia SOROK kat tepi counter tu supaya orang (dalam kes ini, aku lah) tak tau yang sebenarnya dia nak potong line nak bayar cepat. "INI DAH KURANG HAJAR MAKCIK KEPARAT TUA LICIK!!!! (MKTL)" bentak hatiku.. hati je lah.. aku tak sound pulak makcik tu depan-depan. Sebab nak menjaga maruah si ibu di hadapan anak-anak kecilnya yang dikhuatiri akan mengikut jejak langkah MKTL tatkala besar kelak. Aku keluar dari barisan, bagi orang lain potong aku, dan beratur balik dari belakang. Semata-mata supaya aku tak memberontak kat MKTL itu. Mulia kan aku?

Tapi dalam hati membuak-buak. Sampai kat rumah pun masih panas lagi. Aku masih ingat time shopping raya dulu pun kena potong line jugak. Aku tak bertindak jugak. Keperitan di hati cuba dihilangkan dengan mencari air-sedap-yang-mahal-tapi-jadi-tak-sedap-sebab-tak-bernafsu masa prepare final presentation tempoh hari. Berbekalkan air jijik di tangan, aku berfantasi alangkah indahnya jika aku dapat menyimbah cecair ini kat MKTL tadi...

Simbah jus yahudi ini ke mulut MKTL. oh indahnya dunia~ ^.^

Dan mulai hari ini, jika siapa-siapa potong line aku lagi, aku berikrar akan menyuarakan kepincangan yang berlaku. Sopan santun hormat menghormati hati mulia budi bahasa 1malaysia semua taruk tepi.

Thursday, June 3, 2010

Apa telah berlaku

Ok selama aku senyap itu aku mengalami jalan kehidupan yang sukar. Dan cilaka. Ah kamu semua pun tahu kan. Buat kerja siang malam mengalahkan binatang. Menjauhkan diri dari kegiatan-kegiatan sosial bersama rakan taulan. Segala nafsu telah tertutup, hatta nafsu makan sekalipun. Boleh tak sampai anggap makan tu menyusahkan? 24 jam sehari tu rasa sungguh la cepat berlalu. Masa tu mencarut-carut kenapa lah manusia perlu tidur, makan, mandi, bersosial, layan tetamu yang datang rumah, basuh pinggan, basuh baju, jemur baju, buang sampah, amik surat, bayar bil, topap henfon, jual suratkhabar lama, bernyahtinja, berehat, etc. dan kenapa pula komputer perlu crash, hang, temperature tinggi, lembab, sangkut, cursor mouse lompat-lompat, not enough virtual memory, rasterizing image sampai sejam, autocad error, bugsplat.. @#$@#$!@%@@%$ ah malas sungguh nak cerita pasal ni. Sakit hati sakit jiwa sakit raga.

...sepanjang masa kepala rasa kebas macam dah tak cukup darah kat otak. Ah sudah sudah!

Sekarang cuti. Tapi cuti pun masih ade kerja walaupun tak bekerja. Tapi disebabkan cuti, nafsu-nafsu kembali pulih. Bila tak makan, jadi lapar. Makan tu kembali menjadi satu ritual yang nikmat. Begitu juga dengan tidur. Tak perlu lagi tidur dalam keadaan tak selesa semata-mata nak memastikan tidur itu tak lena dan akan bangun selepas 1-2 jam supaya dapat sambung buat kerja. Warghh, ia memang melanggar norma kehidupan manusia. Dan terdapat segelintir orang yang BANGGA kerana melakukan perbuatan-perbuatan keji lagi terkutuk ini. Tapi aku tak. Aku mau hidup seperti manusia biasa. Tidur kene cukup. Sekarang aku tidur pukul 1, bangun pukul 11 T_T... aku juga mahu hepi. Lebih-lebih lagi di hari besday. Tak kiralah ada kerja ke exam ke sembelit ke masuk penjara ke, time besday adalah hari wajib hepi.


Oh hepiness =))


Dan masa-masa dalam kerunsingan tu lah dok dengar budak-budak dok sebut pasal glee lah ape lah. Masa tu memang aku "what is this i dont even..." lepastu time cuti tertengok pulak. Sekarang kalau tiap-tiap hari tengok video kat bawah ni pun takpe. Industri hiburan lain boleh bungkus.





Siapa yang nak kata "they ruined the song" atau "glee is for fags", sila main jauh-jauh. Aku tak perlukan kamu untuk mengenjoy the song and the simple dance routine yang menampilkan well-toned svelte figures yang sungguh graceful dan cheeky all at the same time. lihat sahaja gerakan pinggul yang nyum nyum comel dan sungguh memukau itu; semuanya dirumuskan dalam masa kurang dari 1 minit! Oh, costume juga memainkan peranan penting. Cheerleaders...........

HHHNNNGGGGGHHHHHH!!!!!

Monday, May 24, 2010

Oh Tipah

Sejak meninggalkan papan tulis ini di dalam ops burung hantu selama beberapa bulan, akhirnye aku kembali untuk mengasah otak yang kian lembab. Aku percaya ia akan menjadi lebih kuat dan berwibawa setelah menjalani latihan pengakap askar sedemikian. Sejak awal bulan dah niat nak update, tapi disebabkan cuaca yang panas aku terpakse mengalah. Ceh kalau buat alasan memang macam-macam. Lalu semalam aku pun menulis beberapa entri yang segar bugar siap dengan gambar, diagram, sketches dan font yang berwarna-warni.. bertubi-tubi lah jugak. Tengah upload entry ke-3, tiba-tiba jam loceng berbunyi. Sial mimpi. Aku bingkas bangun, bukak blog tengok entri baru memang takde. Lalu terus tido balik.

Tuesday, March 9, 2010

Ni apahal ni?

Ni apahal ni sumorang lompat-lompat parti ni? Jadi trend pulak kan. Semua berita jadi trend. Waktu trend buang anak, maka ramai-ramailah pakat buang anak. Waktu trend lompat parti, menjadi-jadi pulak orang lompat parti.

Ni apahal ni cerita-ceriti online kat facebook dan blog pun asik masuk suratkhabar? Garisan yang memisahkan alam maya dengan dunia realiti dah semakin pudar. Maknanya blog dan facebook pun dah 'lompat' menjadi media mainstream? Kalau dari dulu macam ni, mesti akan ada headline suratkhabar #Kampung DALnet digodam oleh bmIRC atau Pengguna undernet lebih macho?

Ni apahal ni aku berpolitik ni? Eh tak lah. Mana ada. Haih..

Ni apahal ni?

Foto kredit: apip @ momok tomok

Fairuz Selamat (penyanyi kumpulan ANTZ ke QFACE dulu tu) featuring "The Alumni".

Wednesday, February 17, 2010

emo-nolog



Tolonglah jauhkan perempuan ni daripada aku


Ye memang dulu aku suka kau
Ye memang dulu aku mengagumi kau
Ye memang dulu aku selalu memikirkan kau

Tapi tu DULU

Dulu aku suka tengok hasil-hasil kerja kau
Dulu aku kagum dengan kebolehan kau
Dulu aku selalu ternanti-nanti akan bila masa untuk bersua


KINI TAK LAGI

Kini hasil aku mungkin sudah setaraf dengan kau
Aku juga boleh buat apa yang kau buat
Mungkin lebih bagus

Kau dah tak special

Tolonglah berambus (naik brabus?)






Nigella Lawson


gambar cilok tmcentertainment.co.uk



Jangan muncul di cenel 707 lagi, ya?

Mungkin aku mahu tengok Megan McCormick bercomel-comelan di serata dunia sambil tersenyum libur di Globe Trekker

Mungkin aku mahu tengok Bear Grylls bersama kameraman menentang elemen persekitaran untuk menerus
kan kemandirian di Man vs Wild

Mungkin aku mahu tengok Andrew Zimmern cuba makan benda-benda yang loya lagi menjijikkan tapi tak mampu makan durian di Bizarre Foods

Mungkin aku mahu tengok Mike Rowe melakukan Dirty Jobs mencuci loji pusat pemprosesan usus babi sambil menerangkan tentang fizikal geoduck


Yang pasti aku tak mahu tengok kamu lagi...

sebab aku pun tau lah nak buat brownies!



Nyumi nyumi

Saturday, February 6, 2010

Sayembara Ah

Ah penat siot jadi budak skolah. Patut ah mohd armync maksum (bukan nama sebenar) dulu sebelum masuk beriya-iya ah nak dapat A; lepas satu sem jumpe balik, terus "aku nak bagi lepas je nih". Haihhhhhh dan weekend pun menjadi kurang nikmat.. kerja bertimpa-timpa. Assignment empat juta...

Masih teragak-agak sama ada nak duduk studio ke tak. Saya bukan boleh buat kerja sangat dalam studio (mengikut pengalaman lepas-lepas ah).. tapi kalau duduk studio boleh "tanya/diskus/buat kerja" secara kolektif. Tapi BUAT ke kerja? Ah runsing. Ah langsing. Ah langsir. Ah langsuir.

Hanya dengan sekali baca, ada berapa "ah" dalam entri ini? Jujur ah.


gambar tiada kaitan. semata-mata sebab dah muak
tengok presentation yang padat dengan tulisan-tulisan kecil

Friday, January 15, 2010

Landasan jiwa/roh/spiritual

Wah sungguh cultureshock menjadi pelajar semula! Semua dah berubah. Kutu-kutu studio dulu dah tak ada, hanya tinggal beberapa kerat yang tak bagi msg pun kalau kelas takde. Kalau dulu, semua info 'di tangan anda' je.. siap boleh ada sample sign beberapa kutu untuk tolong sign-kan attendence kot-kot lambat/ponteng. hahahahahhahahahadoih~

Agak hectic la sikit kebelakangan ni. Khamis 1st week tu kena pegi kem SOULtraxx09 kat Linggi N9. Mula mula masa briefing bajet tengok brochure macam tepi laut, ada gambar kayak la, wall climbing, abseiling la sume ape bagai. Siap suruh bawak glove lagi. Sekali pegi duduk kat tengah-tengah dusun sawit, dalam khemah. Gamba kayak? "Ok group ni kutip sampah dari kayak kuning tu sampai hujung tangga". Itu je kaitan kem dengan kayak. Memang sesuai ah baju oren, macam kat Guantanamo. Dan bagi aku, duduk khemah tengah kebun sawit memang sakit badan ah. Cewah cakap macam byk experience, padahal last (dan first) time duduk khemah pun masa darjah 6 kot. Itu pun tido kat padang sekolah. Kem pun ni mula-mula memang malas ah nak pegi. Kena buat LDK lah ape lah, bukan boleh tambah pointer pun. Haha tapi last-last pegi jugak atas sebab appreciate lecturer dah pilih dapat masuk (yes matangnye aku) dan juga dapat kenal-kenal dengan budak lain.

Nak suruh aku summarize kem ni memang tak ah. Cuma aku jeles la sial ngan budak 3rd year. Happening gilebabs. Membuatkan hatiku rindu kat studiomate lame. haihaihaih........


Ini form mereka yang paling pure sekali. Straight dari kampung, bagi blazer sikit supaya kurang selekeh.
Mie ngan Asan demam, berjangkit kat Alem



p/s: Kecewa tak bawak kamera pada hari itu.

Saturday, December 26, 2009

Marry keris mas

Tensen betol aku. Harini Lutfi kawin. Dah bajet nak bawakkan hantaran lah ape bagai pakai baju melayu hitam buat peace kat kameraman dan videoman duduk sebelah pengantin supaya muka banyak masuk gambar dan video usik2 pengantin supaya cuak sistem pa rosak salah sebut nama menggeletar senyum puas gembira.... Harini lah jugak kene pegi daftar.

Tak tau nak cakap macam mana. Gembira campur sedih. Suka campur duka masak cuka. Rasa macam Krismas. Oh it feels like christmas. Sebab aku selalu tersentuh bila dengar christmas carol. Rasa sungguh heartwarming. Macam comel je.. mungkin sebab aku tak tau lirik dia kot. Tah kisah sedih ke gembira tak tau.. ah tak tau lah nak cakap macam mana. &^$^&$&$&hg@#!g@#fhDgh##SDgEt4WE6y!!$%^4r&I^$&


Monday, December 14, 2009

Kalau revolusi career, ada bran?

Semenjak due menjak bernganggur ni aku banyak masa la nak tengok balik muvi-muvi mana yang ada tapi tak sempat nak tengok. Salah satu cerita yang aku tonton ialah Revolutionary Road lakonan Leo DiCaprio bersama Kate Winslet. Masa dulu aku tak tau pun cerita dia pasal apa, cuma nak tengok chemistry pelakon-pelakon utama dia after Titanic (cewah macam hebat je rase bleh nak nilaikan prestasi orang. padahal dulu tengok titanic pun sebab "Jack lukis Rose" kan. haha ). Suku jalan cerita aku dah lenguh dah. Apobondo'eh cite pasal kehidupan orang biase.. memang biase. Pasangan middle class yang dah kawin, mengalami krisis suam suam rumahtangga. Frank (Leo) kerja kat ofis membuat kerja yang dia pun tak suka, tapi kerja jugak sebab nak duit untuk survive kehidupan kan. Pastu April (Kate) nak ubah hidup diorang. Dia cadang nak pindah pegi France. Biar April yang keje, sementara Frank boleh rilek rilek tenangkan fikiran, sambil mencari bakat/minat sebenar untuk memulakan kerja baru yang DISUKAI. Nice gila ah, perubahan drastik dalam hidup. Adakah plan ini berjaya atau tidak? Tengok sendri ah. Lalui kelenguhan yang telah aku lalui. hahaha

Aaaanywayzzza, pada aku idea mengubah nasib hidup dengan melakukan perkara pelik one-off memang king ah. Keluar daripada norma norma normah comfort zone bawah tempurung apebende. Dan sebenarnya, aku juga sering mempertimbangkan nasib hidup aku.. MAHU KE AKU JADI AKITEK? Sekarang memang lah nak nak nak lah apa semua kan, masih muda. Baru kerja berapa tahun.. kalau dah 20-30 tahun? Mampu ke? KALAUUU lah aku taknak jadi akitek,.. apa yang aku boleh buat? Ada ke liang-liang kosong untuk aku menyusup ke dalam industri lain? Berapa gaji aku kalau aku tiba-tiba nak terjun bidang lain? Aku sering membelek-belek akhbar harian melihat job market sekarang. Kerja apa yang banyak di-offer, dan kerja apa yang aku mungkin minat dan mampu buat. Sehinggalah aku terjumpa iklan yang membuatkan aku tersentak, berfikir banyak kali...... patutkah aku kensel niat sambung blaja lalu mencuba kerja ini...? Gaji boleh tahan.. peluang hanya datang sekali................





Ok sori. Aku tak patut hilang fokus. Sambung blaja adalah priority ya adik-adik~ Nanti lepas grad kena buat job-seeking balik. Kot kot lah terjumpa iklan lebih baik daripada ni kan. Hahaha dan sorilah aku tepaksa censor contact no semua tuh.. Nak kurangkan persaingan.

Thursday, December 3, 2009

Kerek ah dol

Hari Selasa minggu lepas interview... goyang gilos. Nak speaking pun tekontang kanting. Lepas dah habis, menyesal sebab "tak cukup belagak" masa interview tersebut.

"If a C grade student is so stupid, I dont think I would be handled the responsibility to coordinate a project with a gross development value of RM 450m "

"If a C grade student is so worthless, I dont think my drawings would actually be BUILT"

"Yes they might have longer work experience, but I can either spend 3 years doing endless housing+bungalow+presentation, or 1 year doing multiple building types, such as residential development, community centre, commercial centre, training camp, etc."

Apasal tak kerekkan je hah? Ntah-ntah orang lain semua kerek gile dalam tu. Biasalah, semua nak standout kan. Nak bagi nampak terbaek kan. Hmm mungkin tak sampai hati nak down-kan rakan-rakan yang lain. Ceh.. bajet setiakawan lah ni? In the real world, mereka takkan peduli langsung pasal kau. Kau lembab, kau cuai, kau lembik, diorang pijak diorang lanyak. Tiada guna menjadi Mr Nice Guy. Next time be a little bit more ruthless, aite? Ok. Sebenarnye goyang nak speaking panjang-panjang. Masalah betul nak speaking nih, kalau dalam kepala punya la lancar, bila nak sebut je mesti sangkut-sangkut pastu banyak perkataan lupe...

Hari interview tu sumorang bawak portfolio tebal-tebal, siap ada file keras lah ape bagai. Dengan sketch-sketch nye, kaler-kaler pakai tangan nye, keje-keje mase belajar dulu pun bawak. Kalau panel tengok aku punye keje mase student dulu mesti kene reject terus. Hahahaha oleh itu kena ada taktik. Bawak portfolio 'bodo' itu sekadar untuk backup JIKA diminta. Kalau tak mintak, jangan haraplah I nak kasi. Tu pun bawak A4, supaya KALAU diminta pun, malas nak tengok sebab kecik sangat. Dan detail-detail mana yang salah semua tu tak berapa nampak. hihihihi lepas tu soundtrack hidup memang lagu Bon Jovi - Livin on a prayer ah. haih.

Oh dann.. aku dah berhenti keje starting bulan 12 nih. Ha sungguh bold move aku. Lepas hantar borang nak sambung belajar je terus hantar notis sebulan nak berenti keje lak. Walaupun masa tu belum tentu dapat sambung belajar lagi. Tapi I dah tak kisah. Terlalu banyak masa dihabiskan kat ofis, sampai malam-malam pun. Habis semua masa aku nak bersama famili dan rakan-rakan terkorban. Haritu Kampet datang dari Kuantan, ajak lepak minum-minum malam. Aku dah setuju. Tiba-tiba 20 minit lepas tu dapat mesej suruh datang ofis. HM.....

Pastu Isnin lepas Kak Liza FRSB call...... terasa sungguh merdu =)


Sedikit Krabi, Thailand. 17 Julai 2009
Smena 8m : Kodak expired







Monday, November 23, 2009

Ogi llalalalala

Yay berjaye tak post sepatah haram sepanjang Oktober (dan hampir November sekali). Sebab kehidupan macam cilaka. Busy nak mamp. Siang malam I dok ber-ikhlas kat opish. But all """good""" things must come to an end, bukan? Maka aku bakal berenti keje. Sepatutnye habis bulan 11 ni, dah habis la, tapi ade "Minggu penghargaan. Kalau ko tak datang keje seminggu tu, maknanya ko tak berterima kasih kat aku."


rasa.




macam.







p/s: Esok interview sambung blaja. Semoga tuhan memberkati~

Tuesday, September 15, 2009

Setanza Ramadhan

Hai lame betul x update. kasihan 5-6 orang pembaca setiaku kerana tak mendapatkan kisah-kisah sensasi dan informatif dariku (konon).
Tup tap tup tap dah nak habis dah Ramadhan en. Cepat sungguh masa berjalan.. biarlah walaupun sebenarnye setiap hari dok komplen "lambatnye mase berlalu... bile nak habis ofis ni.. bile nak bebuka ni..". Pastu weekend tido tak ingat, memanggg cepat mase berlalu. Bile hari Ahad, cakap "Esok keje doh", sume nak down. Tengah berborak rancak gelak hilai tawa ria kat kedai kopi pun terus bleh senyap, tunduk dan cakap "Ah sial ah buat ape ko bagitau.. down ah.. down".

Takpe my frens. Dowori..1 final week of keje in Ramadhan, n then u'll all b free with the syaitans bergelimpangan. Have fun.

Oh adekah "syaitan yang diikat pada bulan Ramadhan" itu syaitan secara fizikal atau rohaniah?
Mengikut pengalaman dan pengetahuan aku, syaitan yang diikat itu adelah syaitan rohaniah. Maknanya syaitan dalam hati kamu-kamu semua (dan aku juga. ok.). Sepatutnya bila dah takbleh makan siang selama sebulan, kita semua sedar akan kelemahan diri setelah satu nikmat ditarik, lalu menjadi zuhud insaf dan baik perilaku dan amalan "puasa" ini sepatutnya diamalkan SETIAP HARI SEPANJANG TAHUN. Bukanlah tak makan siang selama setahun, tapi berbuat baik, baca kitab2, banyakkan semayang sunat, bersedekah, jaga mata, jaga tingkahlaku, jaga tuturkata, etc etc. Eh cukuplah tu. i bukannye pandai sangat perihal agama ni, kang abang-abang-baju-biru-tua dan geng whiteheads marah pulak.

Aku juga pernah bertemu dengan manusitan (manusia hybrid syaitan) di bulan Ramadhan al mubarak ini. Walaupun tak sedetail dan sehebat Tamar Jalis bercakap dengan jin atau berkelahi dengan syaitan atau tidur di rumah bunian atau bertemu dengan penunggu babi hutan, aku kongsi gak beberapa petikan dari catatan diari kecil anganku:

Kisah pertama berlaku ketika 1st day keje di bulan puasa haritu. Memang rase pelik sikit la. Rase hari itu sungguh dull. Cuaca kelabu, tapi langit cerah. Balik ofis panas terik sampai silau mata aku. Dahla mengantuk, silau kene matahari lagi. Habis sepet ah driving.. aku dah tak selesa nak memacu kereta nasionalku. Nasib baik rumah hanya 5 minit.
Kuar ofis, elok elok je masuk selekoh pertama, kereta yang belakang aku dah sibuk nak potong kete aku. Padahal kalau potong pun bukan bleh pegi mane pun. Kete byk doh atas jalan. dia himpit2 cucuk2 kete aku nak potong jugak... jadi di bulan puasa yang mulia ini, aku ketepi lah bagi dia ruang. Elok je lepas potong aku dia masuk balik depan aku, bawak slowwww nak mampppp.
Setan.

Pastu satu hari tu aku pegi beli kuih raya kat OU dengan 'Ain (upmarket tak kuih aku? import OU beb. mahu? dtglah umah 1 Syawal). Aku cuba melatih diri memandu perlahan sebab dia tak suka aku bawak laju. Setiap kali kuar kene marah bawak laju. ha ha. So aku memandulah dengan perlahan. Tapi bukan lembab ok. Perlahan yang cermat. Defensive driving bak kate omputih. stay lane kiri.. aku bwk dlm 70-80km/j gak ah, takde la lembab loser mane pun. Tetiba kat depan ada susur masuk dari kiri. Aku nampak ade satu kereta nasional lain yang tengah laju nak masuk lane aku. Naluri aku dah nak pecut dah supaye dapat pintas situasi itu sebelum kete tu masuk, tapi dengan niat baik, aku slow down dalam 20m jugak ah sebelum simpang tu. Elok je aku slow, dia pun nak slow jugak. Hatiku terdetik "haih ape bende la nih" lalu aku kembali memecut. Dan dan tu jugak dia pun pecut, pintas depan kete aku dalam 20 cm ah gak. Teberenti aku. Tak pasal kene hon dengan kete belakang. Hangin betol.. Perilaku kereta cemas itu diteruskan, beliau mencilok beberape kete yang lain macam kejar masa sangat hanya tinggal 4 minit untuk menyelamatkan dunia, sampailah kat tol yang tak jauh dari situ, dia beratur panjaaaang kat lorong tunai.
Setan.

Waktu aku nak bayar barang kat sebuah pasaraya, ade lah satu couple ni depan aku. Patutnya masuk kat "in", keluar kat "out" lah kan, tapi dia patah balik keluar kat "in" jugak. Setan. So aku bersangka baik "Oh bedu gak dia ni taktau mana in mana out". Takpe. Aku step ketepi untuk bagi dia jalan. Elok elok dia kat depan aku, datang lagi satu couple berlarilari anak potong queue aku nak bayar barang tanpa rasa bersalah. Sampai kat counter si lelaki buat gerak tangan macam "YES!!" dekat pompuan dia.
Setan.

Oh cukuplah sampai sini dulu. Ni belum cerita pasal penjual makanan basi dan tak berkualiti kat Bazaar Ramadhan lagi. haih~ lagi setan

Sedikit review bolasepak hujung minggu lepas! Ruangan kecil ini spesel aku bancuh untuk si buyung tuan tanah loqslaq.


Adebayooooooooooooq~!!!

Sumbeq gambaq: http://www.teamtalk.com/