Showing posts with label lomo. Show all posts
Showing posts with label lomo. Show all posts

Sunday, August 1, 2010

Larian Siamang di Kuala Lumpur

Entri tercicir sebab student busy manede mase nak main-main intenet nih. Aritu 11 Julai 2010 I masuk Siemens Run kat Dataran Merdeka, KL. Memula masuk bajet senang ah sebab KL kann.. tengah-tengah bandar mana ada bukit sangat. Sekali bila dah lari hamik kau 3 bijih bukit yang meletihkan. Kalini walaupun ade jalan sikit tapi tak sebanyak masa kat NSTP haritu. Setiap kali lalu simpang, lubuk hati berharap polis tahan supaya bagi laluan kat kereta dan dapat cheating rehat kejap. Tapi sekali pun tak mengena. So pandai-pandai ah buat timing untuk jalan kaki sendiri, kononnya "sampai kedai oren tu mula lari balik", pastu bila dah sampai kedai oren, "sampai CIMB hujung tu sambung lari balik". haihh

Event dia meriah gile. Siap ada macib marching band, tarian-tarian etnik, tembak pistol air dan semestinya CHEERLEADERS =)) kalini aku berjaya tamatkan 10km dengan catatan mase 01:03:50.37 mengikut stopwatch henfon. Better than the last time, alhamdulillah. Lepas lari terus recovery pegi Nasik Lemak Tanglin.

another run completed


Walaupun x sekiasu 'abang kerajaan' nak mintak Granola Bar banyak-banyak kat booth, tapi rupenye dapat banyak jugak. hihihihi

Tema larian aku ialah hip-hop yaww~ sebab malam sebelum tu tengok 8mile, pastu sampai ke sudah dok layan hiphop. Lari pun pasang lagu too phat ya-a-aw. haha nasib ah sambil lari tu budak-budak skolah pandang macam "apahal batak sangat layan too phat ni? slowpoke gila. xcool langsung.. hujan la baru indie".. aku malas nak amik kisah sangat isi hati dan jelingan orang sebab tengah kusyuk freakfreak to the beat~ Teringat lak zaman beli cd too phat kat Bandar Bersejarah dengan si buyung. hahahah pastu zaman skolah dengar eminem dah macam professor buat research. Dok kaji lirik dia, hafal, cari cerita-cerita terbaru. Fuhh

Oh kalini punya run ade sedikit injuri tapi tak bagitau kawan-kawan. (tak 'sedikit' jugak sebenarnya. seminggu gak ah tak boleh lari. hahahahahhahaha) Sebab kawan-kawan di sini adalah spesis merbahaya sebab terlalu pemurah sampai sanggup loan-kan duit dulu beserta skim bayaran ansuran yang mudah dan murah kalau KALAU jika andainya sekiranya nak beli kasut baru ke ape ke yang berjenama dan bagus menurut iklan mega-millionnya. Jadi aku hanya target dalam hati untuk membeli kasut lari baru pabila kasut sekarang sudah tak mampu melaksanakan tugasnya dengan baik kelak.


Aku bukannye gile jenama sangat,... dapat kasut cikai macam ni pun cukuplah. hm.

Thursday, December 3, 2009

Kerek ah dol

Hari Selasa minggu lepas interview... goyang gilos. Nak speaking pun tekontang kanting. Lepas dah habis, menyesal sebab "tak cukup belagak" masa interview tersebut.

"If a C grade student is so stupid, I dont think I would be handled the responsibility to coordinate a project with a gross development value of RM 450m "

"If a C grade student is so worthless, I dont think my drawings would actually be BUILT"

"Yes they might have longer work experience, but I can either spend 3 years doing endless housing+bungalow+presentation, or 1 year doing multiple building types, such as residential development, community centre, commercial centre, training camp, etc."

Apasal tak kerekkan je hah? Ntah-ntah orang lain semua kerek gile dalam tu. Biasalah, semua nak standout kan. Nak bagi nampak terbaek kan. Hmm mungkin tak sampai hati nak down-kan rakan-rakan yang lain. Ceh.. bajet setiakawan lah ni? In the real world, mereka takkan peduli langsung pasal kau. Kau lembab, kau cuai, kau lembik, diorang pijak diorang lanyak. Tiada guna menjadi Mr Nice Guy. Next time be a little bit more ruthless, aite? Ok. Sebenarnye goyang nak speaking panjang-panjang. Masalah betul nak speaking nih, kalau dalam kepala punya la lancar, bila nak sebut je mesti sangkut-sangkut pastu banyak perkataan lupe...

Hari interview tu sumorang bawak portfolio tebal-tebal, siap ada file keras lah ape bagai. Dengan sketch-sketch nye, kaler-kaler pakai tangan nye, keje-keje mase belajar dulu pun bawak. Kalau panel tengok aku punye keje mase student dulu mesti kene reject terus. Hahahaha oleh itu kena ada taktik. Bawak portfolio 'bodo' itu sekadar untuk backup JIKA diminta. Kalau tak mintak, jangan haraplah I nak kasi. Tu pun bawak A4, supaya KALAU diminta pun, malas nak tengok sebab kecik sangat. Dan detail-detail mana yang salah semua tu tak berapa nampak. hihihihi lepas tu soundtrack hidup memang lagu Bon Jovi - Livin on a prayer ah. haih.

Oh dann.. aku dah berhenti keje starting bulan 12 nih. Ha sungguh bold move aku. Lepas hantar borang nak sambung belajar je terus hantar notis sebulan nak berenti keje lak. Walaupun masa tu belum tentu dapat sambung belajar lagi. Tapi I dah tak kisah. Terlalu banyak masa dihabiskan kat ofis, sampai malam-malam pun. Habis semua masa aku nak bersama famili dan rakan-rakan terkorban. Haritu Kampet datang dari Kuantan, ajak lepak minum-minum malam. Aku dah setuju. Tiba-tiba 20 minit lepas tu dapat mesej suruh datang ofis. HM.....

Pastu Isnin lepas Kak Liza FRSB call...... terasa sungguh merdu =)


Sedikit Krabi, Thailand. 17 Julai 2009
Smena 8m : Kodak expired







Thursday, May 21, 2009

Pilihanraya kecil

Hai kawan-kawan yang dikasihi. Bertemu lagi kita di blog yang kurang update sebab malas nak login dan takmau guna teknologi untuk "remember me". Apa khabar semua? harap sihat-sihat semuanya. Cewah gile sweettalk aku. Camni ah.... aku ade masuk kompetition aritu. Tema dia "People and Insipiration" anjuran ArtOnDisplay, dan salah satu rules dia ialah "No Photoshopping or image manipulating". Ok, hadiah utama dia Vivitar Ultra Wide and Slim (UWS). Aku punya Vivitar UWS dah hancur...... Jadi sebenarnye ade la secebis keinginan untuk menggantikannya *wink*

pergh sedey sunggoh

Kebetulan aku ternampak competition ni satu ke dua hari sebelum dateline dia, so aku pun cuba-cuba lah join. Sejajar dengan tema people and inspiration itu, aku telah memilih sebuah gambar (yang ironikally T_T" diambil menggunakan Vivitar UWS buat kali terakhirnye) yang dicapture pada Thaipusam tempoh hari. Alah, aku baru je pun upload gamba tu~

Yang ni ha:


Pastu semalam aku dapat e-mail, cakap gamba aku shortlisted top 14 15. Alhamdulillah =)

Gamba ni faveret aku, sebab... aa sebab... aiseh dah rase macam student nak present la pulak. Ehem. Baiklah,.. saya pilih gamba ni kerana..... pada pandangan saya, ia menampakkan kesungguhan penganut Hindu itu menari bersama Kavadi yang besar dan berat. Ekspresi muka beliau melakar seribu keperitan (pergh) yang ditanggung demi membawa Kavadi tersebut kepada Lord Murugan untuk menyucikan dosa/bernazar. Skala kavadi itu jelas tertera berbanding dengan badannya sendiri (macam budak architecture amik gamba kat site berdiri sebelah pokok utk tunjukkan scale ;p atau En. Meor HOV yang 'menunjukkan scale' di merata-rata tempat). Lihat sajalah posisi tangan beserta otot-otot biseps beliau yang timbul.. Riak pakaiannya juga menunjukkan gerak tarian yang sejajar dengan tajuk gambar ini sendiri iaitu 'dance, dance'. Konteks gambar juga dirakam dengan tampaknya orang-orang ramai di sekeliling subjek, ada yang bertepuk, ada yang menepung tawar (O_O), namun fokus pada subjek tetap nyata kerana terhasilnya vignette yang meng-frame-kan kedudukan subjek di tengah. Dan yang paling saya suka ialah gambar ini diambil secara candid, iaitu segala yang berlaku di sini adalah tidak dirancang oleh saya. Esen (macam esen vanila, essence ah) dan realiti kehidupan termaktub dan di 'beku'kan dalam gambar tersebut. Ceh ape ntah takde bakat langsung nak jadi salesman~ So ape inspirasinya? Inspirasi setiap orang berbeza, kan.. Sebagai contoh;

"Pergh.. sanggup gila dia ni buat macam ni demi menyucikan dosa.. aku semayang 5 waktu pun susah nak complete. Bukannya kena cucuk-cucuk badan bawak Kavadi besar naik Batu Caves pun." detik hati Shahrul Zaman tatkala melihat gambar seorang penganut Hindu menari bersama Kavadi ketika Thaipusam itu.

Sekian. A picture's worth a thousand words. Aku punya 200 je (termasuk dialog) ;(

Jika kamu kasihan padaku, sila lah vote, ya! Manalah tahu kalau-kalau boleh dapat menambah bakul lagi (sila rujuk post sebelum ini) . Jika kamu rasa gambar-gambar dari peserta lain yang sememangnya dahsyat itu adalah lebih dahsyat, maka undilah untuk mereka! Fine. *mata mengecil sambil menjeling*













gudluck aku.

Friday, May 1, 2009

OIAM o-i-yam

Kalau tomok menang malam ni, haa.. makan kasut la sume2 orang yang gelakkan aku dari dulu sebab 'have faith' in him. Yang dok bantai gelak gilabab sebab aku punye projek masa 1st year dulu aku propose nak buat Mobile Unit Shed for Tomok tapi kene reject....

Tapi susah kot nak menang? Sebab dia artis. Ah aku bukan tengok pun OIAM. diu~



Putrajaya + KLPac Open Day. 18 Januari 2009
vivitar UWS :: Fuji Velvia :: cross processed









duaenamempatduakosongkosongsembilan

ade ke patut besday2 pun kene wat keje kat ofis....

besday.

ahad.

opis.

haram...


Thaipusam,Batu Caves. 8 Februari 2009
vivitar UWS:Fuji Velvia:cross processed