Showing posts with label fesyen. Show all posts
Showing posts with label fesyen. Show all posts

Thursday, August 12, 2010

Selam at Ramadhan

Eh apebendekah yang tiba di pintu rumah tatkala tiada siapa berada di rumah tadi? Hmmm hadiah hari raya kah?



Awalnye raye? Baru je start puasa. Sehari sebelum puasa semua macam gembira wish-wish kat orang, 1st day semua start bising "lapar, ngantuk, letih, etc". Tak percaya sila rujuk fb masing-masing. Aku rasa post-post kat fb berganda di bulan puasa. Link ke youtube juga menjadi lebih lebat.. sungguh variety. Man Bai Hijjaz Maher Zain JPJ tahan mat rempit video musik iklan lucu korea jepun kelakar; semua ada lah! Eh tapi ambience bulan puasa best ah. Rasa tenang damai nyaman je. Mula-mula ingatkan aku sorang je rasa macam ni, rupanya banyak jugak yang berkongsi perasaan yang sama. Walaupun seharian tak makan tak minum tapi boleh dapat ketenangan jiwa tu. Kalau la dapat transfer perasaan macam tu pada bulan-bulan lain memang nikmat ah hidup. Macamana fenomona sebegitu boleh berlaku eh? Padahal bulan puasa pun sehari masih 24 jam. Malam pun tidur lewat jugak, malah kena bangun sahur pagi-pagi buta lagi. Oh rupenye sebab siang banyak tido

Masa puasa ni dah terbayang-bayang nak shopping raya. Teringat pulak suasana hingar bingar masa pergi Jalan TAR dulu. Banyak gila barang. Baju, sampin, songkok, butang baju, capal, baju kurung, kebaya yang wow, tudung macam-macam stail... Dulu time Wardina pakai tudung, kedai jual tudung Wardina.. pastu tudung Siti, yang paling jadah bila Mawi tengah tsumawi, ade jugak tudung Mawi. Bangang betul. Marketing produk tu berjaya sebab fantasi pembeli yang kononnya akan secantik Wardina/Siti kalau pakai tudung tu. letak ah harga berapa pun, wannabes pasti beli.. tak sedar diri betul. Kau pakai tudung untuk jadi cantik macam artis eh? Nak jadi kewl sebab sama macam artis eh? Hak tuih. Beli ikut kemampuan sudah lah. Takkan kau tak ada taste dan preference sendiri nak pakai tudung apa macam mana sume. Haihh.. macam aku, biasa kalau beli baju raya pun aku target kain sedap. Itu prioriti. Gasaklah kau nak cakap aku kampung ke ape kalau beli kain cotton tak pakai kain kilat-kilat bersulam pumpangpumpang.. Raya tahun ni aku dah target satu baju tu. Tinggal nak beli je. Siap dengan kopiah putih..









Songkok takmau ya. Sebab kopiah adelah championnnnn!



Maka secara automatis penuhlah penuh ilmu agama di dadaku ini. Yeeehawwwww~! Selamat berpuasa semua!

Sunday, July 12, 2009

Kalau Aku Ada Duit :: 01

Rasa macam dah tak sharp lak nak bertitah. Untuk warmup otak, aku letak beberapa benda yang aku ingin beli Kalau Aku Ada Duit. Manalah tahu kot-kot duit ribu-ribu jatuh dari langit kan. Takde la aku nak habiskan sume duit aku beli baju indie kamu "saya sayang mak saya".

Aku mulakan dengan edisi pertama kasut. Beberapa sarung kaki kelas 'mampu-beli' yang membuatkan air liur aku terpercik tatkala melihatnya. Dulu aku penah post 1 kasut Joker tu, so the list is actually endless, expect more to come. Buat masa ini,



Nike rainbow pack 6. Gilebab la kaler~ gay atau tidak bukan persoalan


Lacoste Ibiza


Adidas SB Spring 2010


Puma mid X undftd 24K collection. Sayangnye aku tak pakai high top~


Supra Skytop Bronze Pack - yang ni aku suke kaler dia je


Vaughn Bode X Puma Cheech Wizard Basket II - wow detail bintang-bintang tuh. hahahaha


Nike dunk low - KALER LAGI


MANA-MANA puma suede pun boleh. wahhhhh~!!

kredits:
Kix-files
Highsnobiety
sneakerfreaker
neo2