Showing posts with label seni bina. Show all posts
Showing posts with label seni bina. Show all posts

Monday, June 21, 2010

Bagaikan Ip Man membela Wing Chun

Dalam kancah kemelut pertandingan yang berlangsung kat Afrika Selatan tu, apa tah nama dia aku tak tau sangat sebab yang kedengaran hanyalah bunyi vuvuzela yang bagaikan lalat menghurung bangkai itu, aku akan mengalihkan pandangan ke Timur. Bukanlah untuk menyokong pasukan bolasepak dari timur sebab Germany memang dah konfem di hatiku, tapi aku sendiri yang akan berlangsung ke Shanghai lagi 6 jam dari sekarang. Tujuan utama: Shanghai World Expo 2010. Buatlah itinerary apa pun, yang lain-lain dah tak kisah dah. haha berbekalkan rakan-rakan sekelas yang mahir dalam bidang senibina masing-masing, semuanya bagai tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke tanah tumpah darah Mao itu.


Aku masa mula-mula masa tengah planning dulu teruja gak, tapi dah lama sangat, dah cuti lagi,.. dah malehhhh nak pegi. Hahahaha aku harap sejejaknya kaki aku di sana kelak, pemikiran aku akan berubah dan akan kembali menjadi excited seperti manusia lazim.

Aku harap di sana aku akan disajikan dengan santapan-santapan minda dari pelbagai bentuk dan konsep seni reka yang maju.

Aku harap di sana aku akan terlindung dan terselamat dari segala malapetaka dan bencana dan kesusahan dan kelaknatan. Semoga trip kami ini diberkati dan dilimpahi rahmat.

Aku harap di sana aku tidak membazirkan wang ringgit yang sikit ini untuk shopping sakan yang bukan-bukan (pakaian sukan bukan bukan-bukan yeh).

Aku harap di sana aku tak menghadapi kesukaran untuk makan sebab walaupun food provided, tapi mesti ah nak kena adventure sikit kan.. apatah lagi buat penggemar rancangan Bizarre Food. Kalau boleh dapat makanan macam Mohd Chan Abdullah pun cun gak.. haihh apakandaya.. tau-tau je lah makanan kat sana memang sinonim dengan ke-tidakhalal-annya. Jadi walau apa jua yang berlaku, pastikan makanan itu halal, ye! Sebab ia akan menjadi sebahagian daripada darah daging. Kadang-kadang yang dah termaktub halal tu pun orang boleh pertikai..


Kalau kau, makan tak?

Sunday, April 19, 2009

Berenang berenang di muara, hati hati dilambung ombak

Tiada tema.

Takkan nak cakap harini makan ape, buat ape, pegi mane.
Esok cakap makan ape, buat ape, pegi mane.
Lusa cakap makan ape, buat ape, pegi mane.
Tulat cakap makan ape, buat ape, pegi mane. Eh dah dah..

Nak cari tema dan komited dengannye adelah susah. Takkan aku nak membebel-bebel pasal gadget sedangkan ipod pun takde. Takkan aku nak bagi fashion tips sedangkan aku sendiri pakai baju biasa bersame seluar yang tiada gaya beserta kasut cabuk yang dipadankan dengan stokin murah '4 for RM10' di pasar malam; aku juga berfikiran bahawa skinny jeans hanya cantik dipakai oleh gadis-gadis. Dan aku tetap berpendapat bahawa kegiatan jejaka-jejaka memakai skarf di bawah terikan mentari adalah merupakan perbuatan yang kurang cerdik.

Dan aku bukanlah resourceful sangat pun. Bukak youtube pun jarang-jarang, maka jaranglah aku post video-video yang menarik seperti Paul Potts ataupun Susan Boyle atau beatbox yang gila awesome atau video shuffle bukit bintang.. Oleh itu aku mulakan dengan topik yang dekat di hati: Architecture. Atau nama Melayunya, Seni Bina. Semoga ia dapat memberikan ilmu yang bermanfaat bagi akitek wannabes. wahahaha

Dan mana tahu kot-kot satu hari nanti aku boleh dijulang sebagai pengkritis seni bina yang dasat ala-ala Kenneth Frampton atau Stephen Bayley ke atau Prof Tajuddin M. Rasdi ke. Oh oh cukup lah tu.. mari mulakan.

Baiklah, mengikut rentak pensyarah-pensyarah atau pengkritik yang pernah joint-venture dengan aku, diorang jarang terpesona dengan imej perspektif/3d/kaler2 yang meletop, sebaliknya diorang akan terus tertumpu pada pelan-pelan, bukan perlahan-perlahan, tapi plans. Jadi mari aku latih bagaimana meneliti plan agar anda lebih sharp dan mampu berfikiran deep untuk merungkai sesebuah design .


Ketika meneliti plan buat pertama kali, haruslah Sang Pemerhati menggambarkan overall scheme atau bentuk (form) yang umum (general) plan tersebut bagi mengaitkan pelan lantai (floor plan) dengan konsep yang tersirat di sebaliknya.


Kita mulakan dengan plan di bawah,













errr...... xpe lah...~