Showing posts with label skolah. Show all posts
Showing posts with label skolah. Show all posts

Monday, June 21, 2010

Bagaikan Ip Man membela Wing Chun

Dalam kancah kemelut pertandingan yang berlangsung kat Afrika Selatan tu, apa tah nama dia aku tak tau sangat sebab yang kedengaran hanyalah bunyi vuvuzela yang bagaikan lalat menghurung bangkai itu, aku akan mengalihkan pandangan ke Timur. Bukanlah untuk menyokong pasukan bolasepak dari timur sebab Germany memang dah konfem di hatiku, tapi aku sendiri yang akan berlangsung ke Shanghai lagi 6 jam dari sekarang. Tujuan utama: Shanghai World Expo 2010. Buatlah itinerary apa pun, yang lain-lain dah tak kisah dah. haha berbekalkan rakan-rakan sekelas yang mahir dalam bidang senibina masing-masing, semuanya bagai tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke tanah tumpah darah Mao itu.


Aku masa mula-mula masa tengah planning dulu teruja gak, tapi dah lama sangat, dah cuti lagi,.. dah malehhhh nak pegi. Hahahaha aku harap sejejaknya kaki aku di sana kelak, pemikiran aku akan berubah dan akan kembali menjadi excited seperti manusia lazim.

Aku harap di sana aku akan disajikan dengan santapan-santapan minda dari pelbagai bentuk dan konsep seni reka yang maju.

Aku harap di sana aku akan terlindung dan terselamat dari segala malapetaka dan bencana dan kesusahan dan kelaknatan. Semoga trip kami ini diberkati dan dilimpahi rahmat.

Aku harap di sana aku tidak membazirkan wang ringgit yang sikit ini untuk shopping sakan yang bukan-bukan (pakaian sukan bukan bukan-bukan yeh).

Aku harap di sana aku tak menghadapi kesukaran untuk makan sebab walaupun food provided, tapi mesti ah nak kena adventure sikit kan.. apatah lagi buat penggemar rancangan Bizarre Food. Kalau boleh dapat makanan macam Mohd Chan Abdullah pun cun gak.. haihh apakandaya.. tau-tau je lah makanan kat sana memang sinonim dengan ke-tidakhalal-annya. Jadi walau apa jua yang berlaku, pastikan makanan itu halal, ye! Sebab ia akan menjadi sebahagian daripada darah daging. Kadang-kadang yang dah termaktub halal tu pun orang boleh pertikai..


Kalau kau, makan tak?

Tuesday, March 9, 2010

Ni apahal ni?

Ni apahal ni sumorang lompat-lompat parti ni? Jadi trend pulak kan. Semua berita jadi trend. Waktu trend buang anak, maka ramai-ramailah pakat buang anak. Waktu trend lompat parti, menjadi-jadi pulak orang lompat parti.

Ni apahal ni cerita-ceriti online kat facebook dan blog pun asik masuk suratkhabar? Garisan yang memisahkan alam maya dengan dunia realiti dah semakin pudar. Maknanya blog dan facebook pun dah 'lompat' menjadi media mainstream? Kalau dari dulu macam ni, mesti akan ada headline suratkhabar #Kampung DALnet digodam oleh bmIRC atau Pengguna undernet lebih macho?

Ni apahal ni aku berpolitik ni? Eh tak lah. Mana ada. Haih..

Ni apahal ni?

Foto kredit: apip @ momok tomok

Fairuz Selamat (penyanyi kumpulan ANTZ ke QFACE dulu tu) featuring "The Alumni".

Saturday, February 6, 2010

Sayembara Ah

Ah penat siot jadi budak skolah. Patut ah mohd armync maksum (bukan nama sebenar) dulu sebelum masuk beriya-iya ah nak dapat A; lepas satu sem jumpe balik, terus "aku nak bagi lepas je nih". Haihhhhhh dan weekend pun menjadi kurang nikmat.. kerja bertimpa-timpa. Assignment empat juta...

Masih teragak-agak sama ada nak duduk studio ke tak. Saya bukan boleh buat kerja sangat dalam studio (mengikut pengalaman lepas-lepas ah).. tapi kalau duduk studio boleh "tanya/diskus/buat kerja" secara kolektif. Tapi BUAT ke kerja? Ah runsing. Ah langsing. Ah langsir. Ah langsuir.

Hanya dengan sekali baca, ada berapa "ah" dalam entri ini? Jujur ah.


gambar tiada kaitan. semata-mata sebab dah muak
tengok presentation yang padat dengan tulisan-tulisan kecil

Friday, January 15, 2010

Landasan jiwa/roh/spiritual

Wah sungguh cultureshock menjadi pelajar semula! Semua dah berubah. Kutu-kutu studio dulu dah tak ada, hanya tinggal beberapa kerat yang tak bagi msg pun kalau kelas takde. Kalau dulu, semua info 'di tangan anda' je.. siap boleh ada sample sign beberapa kutu untuk tolong sign-kan attendence kot-kot lambat/ponteng. hahahahahhahahahadoih~

Agak hectic la sikit kebelakangan ni. Khamis 1st week tu kena pegi kem SOULtraxx09 kat Linggi N9. Mula mula masa briefing bajet tengok brochure macam tepi laut, ada gambar kayak la, wall climbing, abseiling la sume ape bagai. Siap suruh bawak glove lagi. Sekali pegi duduk kat tengah-tengah dusun sawit, dalam khemah. Gamba kayak? "Ok group ni kutip sampah dari kayak kuning tu sampai hujung tangga". Itu je kaitan kem dengan kayak. Memang sesuai ah baju oren, macam kat Guantanamo. Dan bagi aku, duduk khemah tengah kebun sawit memang sakit badan ah. Cewah cakap macam byk experience, padahal last (dan first) time duduk khemah pun masa darjah 6 kot. Itu pun tido kat padang sekolah. Kem pun ni mula-mula memang malas ah nak pegi. Kena buat LDK lah ape lah, bukan boleh tambah pointer pun. Haha tapi last-last pegi jugak atas sebab appreciate lecturer dah pilih dapat masuk (yes matangnye aku) dan juga dapat kenal-kenal dengan budak lain.

Nak suruh aku summarize kem ni memang tak ah. Cuma aku jeles la sial ngan budak 3rd year. Happening gilebabs. Membuatkan hatiku rindu kat studiomate lame. haihaihaih........


Ini form mereka yang paling pure sekali. Straight dari kampung, bagi blazer sikit supaya kurang selekeh.
Mie ngan Asan demam, berjangkit kat Alem



p/s: Kecewa tak bawak kamera pada hari itu.