Showing posts with label keje. Show all posts
Showing posts with label keje. Show all posts

Monday, December 14, 2009

Kalau revolusi career, ada bran?

Semenjak due menjak bernganggur ni aku banyak masa la nak tengok balik muvi-muvi mana yang ada tapi tak sempat nak tengok. Salah satu cerita yang aku tonton ialah Revolutionary Road lakonan Leo DiCaprio bersama Kate Winslet. Masa dulu aku tak tau pun cerita dia pasal apa, cuma nak tengok chemistry pelakon-pelakon utama dia after Titanic (cewah macam hebat je rase bleh nak nilaikan prestasi orang. padahal dulu tengok titanic pun sebab "Jack lukis Rose" kan. haha ). Suku jalan cerita aku dah lenguh dah. Apobondo'eh cite pasal kehidupan orang biase.. memang biase. Pasangan middle class yang dah kawin, mengalami krisis suam suam rumahtangga. Frank (Leo) kerja kat ofis membuat kerja yang dia pun tak suka, tapi kerja jugak sebab nak duit untuk survive kehidupan kan. Pastu April (Kate) nak ubah hidup diorang. Dia cadang nak pindah pegi France. Biar April yang keje, sementara Frank boleh rilek rilek tenangkan fikiran, sambil mencari bakat/minat sebenar untuk memulakan kerja baru yang DISUKAI. Nice gila ah, perubahan drastik dalam hidup. Adakah plan ini berjaya atau tidak? Tengok sendri ah. Lalui kelenguhan yang telah aku lalui. hahaha

Aaaanywayzzza, pada aku idea mengubah nasib hidup dengan melakukan perkara pelik one-off memang king ah. Keluar daripada norma norma normah comfort zone bawah tempurung apebende. Dan sebenarnya, aku juga sering mempertimbangkan nasib hidup aku.. MAHU KE AKU JADI AKITEK? Sekarang memang lah nak nak nak lah apa semua kan, masih muda. Baru kerja berapa tahun.. kalau dah 20-30 tahun? Mampu ke? KALAUUU lah aku taknak jadi akitek,.. apa yang aku boleh buat? Ada ke liang-liang kosong untuk aku menyusup ke dalam industri lain? Berapa gaji aku kalau aku tiba-tiba nak terjun bidang lain? Aku sering membelek-belek akhbar harian melihat job market sekarang. Kerja apa yang banyak di-offer, dan kerja apa yang aku mungkin minat dan mampu buat. Sehinggalah aku terjumpa iklan yang membuatkan aku tersentak, berfikir banyak kali...... patutkah aku kensel niat sambung blaja lalu mencuba kerja ini...? Gaji boleh tahan.. peluang hanya datang sekali................





Ok sori. Aku tak patut hilang fokus. Sambung blaja adalah priority ya adik-adik~ Nanti lepas grad kena buat job-seeking balik. Kot kot lah terjumpa iklan lebih baik daripada ni kan. Hahaha dan sorilah aku tepaksa censor contact no semua tuh.. Nak kurangkan persaingan.

Thursday, December 3, 2009

Kerek ah dol

Hari Selasa minggu lepas interview... goyang gilos. Nak speaking pun tekontang kanting. Lepas dah habis, menyesal sebab "tak cukup belagak" masa interview tersebut.

"If a C grade student is so stupid, I dont think I would be handled the responsibility to coordinate a project with a gross development value of RM 450m "

"If a C grade student is so worthless, I dont think my drawings would actually be BUILT"

"Yes they might have longer work experience, but I can either spend 3 years doing endless housing+bungalow+presentation, or 1 year doing multiple building types, such as residential development, community centre, commercial centre, training camp, etc."

Apasal tak kerekkan je hah? Ntah-ntah orang lain semua kerek gile dalam tu. Biasalah, semua nak standout kan. Nak bagi nampak terbaek kan. Hmm mungkin tak sampai hati nak down-kan rakan-rakan yang lain. Ceh.. bajet setiakawan lah ni? In the real world, mereka takkan peduli langsung pasal kau. Kau lembab, kau cuai, kau lembik, diorang pijak diorang lanyak. Tiada guna menjadi Mr Nice Guy. Next time be a little bit more ruthless, aite? Ok. Sebenarnye goyang nak speaking panjang-panjang. Masalah betul nak speaking nih, kalau dalam kepala punya la lancar, bila nak sebut je mesti sangkut-sangkut pastu banyak perkataan lupe...

Hari interview tu sumorang bawak portfolio tebal-tebal, siap ada file keras lah ape bagai. Dengan sketch-sketch nye, kaler-kaler pakai tangan nye, keje-keje mase belajar dulu pun bawak. Kalau panel tengok aku punye keje mase student dulu mesti kene reject terus. Hahahaha oleh itu kena ada taktik. Bawak portfolio 'bodo' itu sekadar untuk backup JIKA diminta. Kalau tak mintak, jangan haraplah I nak kasi. Tu pun bawak A4, supaya KALAU diminta pun, malas nak tengok sebab kecik sangat. Dan detail-detail mana yang salah semua tu tak berapa nampak. hihihihi lepas tu soundtrack hidup memang lagu Bon Jovi - Livin on a prayer ah. haih.

Oh dann.. aku dah berhenti keje starting bulan 12 nih. Ha sungguh bold move aku. Lepas hantar borang nak sambung belajar je terus hantar notis sebulan nak berenti keje lak. Walaupun masa tu belum tentu dapat sambung belajar lagi. Tapi I dah tak kisah. Terlalu banyak masa dihabiskan kat ofis, sampai malam-malam pun. Habis semua masa aku nak bersama famili dan rakan-rakan terkorban. Haritu Kampet datang dari Kuantan, ajak lepak minum-minum malam. Aku dah setuju. Tiba-tiba 20 minit lepas tu dapat mesej suruh datang ofis. HM.....

Pastu Isnin lepas Kak Liza FRSB call...... terasa sungguh merdu =)


Sedikit Krabi, Thailand. 17 Julai 2009
Smena 8m : Kodak expired







Monday, November 23, 2009

Ogi llalalalala

Yay berjaye tak post sepatah haram sepanjang Oktober (dan hampir November sekali). Sebab kehidupan macam cilaka. Busy nak mamp. Siang malam I dok ber-ikhlas kat opish. But all """good""" things must come to an end, bukan? Maka aku bakal berenti keje. Sepatutnye habis bulan 11 ni, dah habis la, tapi ade "Minggu penghargaan. Kalau ko tak datang keje seminggu tu, maknanya ko tak berterima kasih kat aku."


rasa.




macam.







p/s: Esok interview sambung blaja. Semoga tuhan memberkati~

Sunday, July 12, 2009

Percutian adalah sentiasa enak

Trip Ofis 2009, Cherating. 3-5 Julai 2009

Dipenuhi kanak-kanak comel dan kutu-kutu dewasa yang tak berapa nak comel




























p/s: lepas trip, kamera buat hal. demmit btol~

Friday, May 1, 2009

duaenamempatduakosongkosongsembilan

ade ke patut besday2 pun kene wat keje kat ofis....

besday.

ahad.

opis.

haram...


Thaipusam,Batu Caves. 8 Februari 2009
vivitar UWS:Fuji Velvia:cross processed






Sunday, September 14, 2008

Panic! at the Airport

Dua tiga minggu ni aku memang bz gile aa keje. 14 juta keje datang bertimpa, disusuli dengan deadline yang sekangkang jaraknye.. memang heavy ah. Hari ni pun aku xtido. Lepas sahur terus pegi ofis, setel2kan ape yg patut, pastu pegi KLIA untuk hantar Syila pegi Scotland. Aku pun xtau kenapa term “hantar” digunakan. Padahal kalau aku xpegi pun, dia tetap fly kan? Hahahaih~


So ondewei pegi KLIA tuh aku terase kurang senang di bahagian abdomen. Aku terdetik “Eh? Kenape aku kene sindrom butterfly in my stomach nih?”. Takkan la aku nak nervous die nak fly kot kan? Hahaha~ so aku abaikan perasaan itu.. mengantuk barangkali…


Sampai-sampai sane Syila baru lepas check-in, bagasi lah ape bagai. So kitorg tegur-tegur sambil amik-amik gamba (tapi aku xberkamera, jadi tengok je lah. Haha) Elok je lepas Syila membolos imigresen, butterfly dalam perut tadi mula berkocak lagi… aku sakit perut gilbeng. Xtahan. Ah~ ni mesti santapan bbuka/sahur yang dibeli tiap-tiap hari punye pasal nih. Jadi dengan penuh rase sayu aku pun bergegas ke toilet.. duduk punye duduk punye duduk, takde hasil. SHIT~!! Ha. Xde shit. Terus aku bermonolog “demyuh perut. False alarm.. saje je nak malukan aku berak mase occasion.” Jadi aku keluar dari toilet dan ingin pulang ke rumah..


Baru turun satu tingkat, perut sakit lagi!! Terasa ia dipulas-pulas bagai buah pulasan yang dimakan di Cihampelas, Bandung (ahh teringat lak trip pg bandung dulu. Bestnye bandung~). Aku terpakse. Aku redha. Aku pegi toilet tingkat bawah tu pulak. Sekali lagi aku mengambil posisi….. namun masih tiade shit dihasilkan. Aku mula PANIK~!! Kenapa? Sebab aku punye mindset dah pikir APENDIKS! Aku kene apendiks! Punye la fobia akan penyakit itu setelah melihat kesan parut bedahan apendiks di perut Mohd Arifuddin di Matrikulasi Melaka beberapa tahun yang lampau… tidak lama lepas itu Syara pula dilaporkan dijangkiti pandemic (haha) itu. Hakikatnye aku takut untuk berada di bawah pisau bedah. Menonton medik TV je pun dah boleh buat lutut longgar..~





Dengan penuh ego aku keluar dari toilet itu dan bertekad untuk pulang secepat mungkin. “kalau… KALAU aku nak kene apendiks pun biar kene kat rumah, kalo pape hal senang”. Lalu aku membayar parking dan menuju ke kereta. Sampai2 je kat parking lot, DIA BUAT LAGI. Sakit perut gile babi yang memang tak tahan rase macam kalau kene langgar dengan lori Winston pun tak sesakit itu. Lantas aku ke toilet. Tapi kali ini lain. Toilet ni tak sehebat toilet2 yang dekat dalam tuh. Toilet kat dalam tu siap cater utk tourist, bleh la cantik2, kering, ada org lap sume. Toilet aku kalini kat parking lot. Sempit dan sunyi. Dia punya ceiling pun pakai perforated metal sheet. Kalo ade org kat atas tuh aku bukan tau pun. Tah2 dia amik gamba ke ape… tapi itu sume tak dipedulikan. Third round… tolonglah berhasil….


YES! Ade shit! Ade shit! Hahaa ape la jojok cerite pasal tahi nih.. ha dipendekkan lagi story, lepas shitting, aku pumping lah (bukan tekan tubi la.. pam jamban).. saat itu aku rase pelik. Die x ‘down’ kan ape yg aku discharge; sebaliknye, ia NAIK KE ATAS. “OH SHIT~!!! (literally)” aku dah cuak takut kalau-kalau ia melimpah kuar mampus aku bertapak tahi. Dahla tengah ngantuk gilebabz, datang pulak kes2 bangang macam nih. Dengan menggunakan daya pemikiran seorang diktator,yang perlu bijak menangani permasalahan yang timbul on the spot, aku terus mencari langkah macamana nak selamatkan diri andainya ‘ia’ melimpah. Aku nekad aku akan panjat dinding mcm spiderman dan menyusup ke cubicle sebelah (bukan ade orang pun, sunyi je) sekirenye ia berlaku. Setelah air naik hingga tahap meniscus, dimana puncak air tu dah mula mencembung ke atas, aku dah get ready nak web-crawling………….. tapi nasib baik. Ia sampai tahap tu je. Sial punye jamban~


Nak cite tu je pun punye la panjang. Hahaha jamban yang sial~



Saturday, June 21, 2008

CInta kemalasan

Semenjak aku start keje ni, aku slalu terpikir.. NAK ke aku buat keje camni? Berbaloi ke aku diperHAMBAkan mcm ni? Kenape aku pikir bende bukan2 ni? Pemalas sangat ke aku ni? Aku rase aku tak la malas sangat.. kalau suruh buat keje, aku buat la. Aku akan pastikan sehabis baik kualiti keje yang aku buat. Tapi memang la "kualiti" aku x same ngan "kualiti" para bos-bos yang dah berpuluh tahun dalam arena ni. Ape bende aku cakap nih.. takde kaitan langsung~ dew.... Yang sebenarnye terbuku di hati ialah: Aku rase sungguh boneka kat ofis nih. Gaji aku sikit. Tak macam degree holder langsung.. Dan aku xdapat claim OT walaupun kerje bagaikan anjing sekali pun (it's been a hard days night.. and i've been working like a dog). Dah 2 kali aku kene pegi keje pukul 9 pagi, balik 6 petang, DATANG BALIK 9 malam, pulang 7 pagi, dan DATANG BALIK 9 pagi esoknye... Nak bunuh orang ke? At least bagi la gaji yg decent sikit.. padan dengan effort aku dok ulang alik ofis macam haram.. ceh~ yes money isn't everything, but everything else is money. Aku bosan dan jelak dengan topik duit nih. Sebab duit tu boleh pecah belahkan orang. Dia boleh bagi kegembiraan, tapi boleh ke dia bagi kebahagiaan? Terngiang-ngiang lak kat kepale ape yg Ayie cakap haritu: "duit ni bende kotor".. ye ke?