Showing posts with label bola sepak. Show all posts
Showing posts with label bola sepak. Show all posts

Saturday, July 10, 2010

deutschland tetap uber alles! @#%@#%@#%%@#%#!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Terlalu banyak konspirasi dan teori yang berlegar-legar di udara... nak ambik kisah pun dah tak larat. Paling kuat pasal rasuah ah. Dan bagaimana bookie-bookie boleh setup baekk punya nak pastikan boleh menang judi odds besar. Sampai tahap khurafat dah orang percaya kat sotong Paul tu. Nak muntah dah dengar nama dia.. Aku pun mula-mula tak percaya benda mistik boleh pulak nak tentukan game.. tapi... tiba-tiba terdetik kesangsian dalam hati aku....... kebanyakan kaki-kaki judi ni dari Asia. Diorang yang control game. Bukan rasuah dah. Ini..... ini mesti BLACK MAGIS.. ilmu hitam!!

Bila ditonton match Germany-Spain tempoh hari memang sumpah kecewa tengok SuperGermany main macam haromm.. Masa beat England+Argentina punya lah power. Nak kata Spain terel sangat pun bagi aku tak jugak . Sebab Germany sendiri yang nampak macam taknak main. Dapat bola, passing macam bodoh, tak boleh hold posession langsung. Ozil jatuh dekat-dekat penalti box takde orang RRRAAAAGGGGEEEEEEEEE pun... semua diam bodoh je. Pasrah. Macam tak ada semangat macam tak ada matlamat. Banyak kali jugak aku tengok replay match tu nak pinpoint apa masalah Germany. Setelah 264 kali menonton gol PuyolPendek barulah aku tersedar. Aku dah nampak satu unsur yang aku yakin menjadi punca Germany kalah. Nak disebut kang aku takut anasir tu menghantui aku pulak... tapi memang aku dapat sense something di situ... terlalu misteri.. tengok lah sendiri


nampak tak???


















klik la tengok gambar besar..
NAMPAK TAK?






















APA DIA BUAT KAT SITU??????????????????????????
APA DIA TENGAH BUAT TU????
@#$$@%$#%$!%^!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ILMU HITAAAAAMMMMMMMMMMMMMMMM!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, June 27, 2010

Jetlag

Balik dari Shanghai sampai LCCT dalam pukul 5 pagi lebey, tunggu bas macam tungau sampai pukul 7. Sampai fac breakfast bismillah dulu. Dapat teh ais terbaik dalam dunia. Pastu gagahkan diri tak tido, lunch kat kenduri Zainab kat Teras Jernang. Malam ini mahu tonton bagaimana Germany membelasah Inggerland. Kalau ada rezeki boleh extend lagi tengok Mehico vs Maradona sekali. kthxbye

Tuesday, September 15, 2009

Setanza Ramadhan

Hai lame betul x update. kasihan 5-6 orang pembaca setiaku kerana tak mendapatkan kisah-kisah sensasi dan informatif dariku (konon).
Tup tap tup tap dah nak habis dah Ramadhan en. Cepat sungguh masa berjalan.. biarlah walaupun sebenarnye setiap hari dok komplen "lambatnye mase berlalu... bile nak habis ofis ni.. bile nak bebuka ni..". Pastu weekend tido tak ingat, memanggg cepat mase berlalu. Bile hari Ahad, cakap "Esok keje doh", sume nak down. Tengah berborak rancak gelak hilai tawa ria kat kedai kopi pun terus bleh senyap, tunduk dan cakap "Ah sial ah buat ape ko bagitau.. down ah.. down".

Takpe my frens. Dowori..1 final week of keje in Ramadhan, n then u'll all b free with the syaitans bergelimpangan. Have fun.

Oh adekah "syaitan yang diikat pada bulan Ramadhan" itu syaitan secara fizikal atau rohaniah?
Mengikut pengalaman dan pengetahuan aku, syaitan yang diikat itu adelah syaitan rohaniah. Maknanya syaitan dalam hati kamu-kamu semua (dan aku juga. ok.). Sepatutnya bila dah takbleh makan siang selama sebulan, kita semua sedar akan kelemahan diri setelah satu nikmat ditarik, lalu menjadi zuhud insaf dan baik perilaku dan amalan "puasa" ini sepatutnya diamalkan SETIAP HARI SEPANJANG TAHUN. Bukanlah tak makan siang selama setahun, tapi berbuat baik, baca kitab2, banyakkan semayang sunat, bersedekah, jaga mata, jaga tingkahlaku, jaga tuturkata, etc etc. Eh cukuplah tu. i bukannye pandai sangat perihal agama ni, kang abang-abang-baju-biru-tua dan geng whiteheads marah pulak.

Aku juga pernah bertemu dengan manusitan (manusia hybrid syaitan) di bulan Ramadhan al mubarak ini. Walaupun tak sedetail dan sehebat Tamar Jalis bercakap dengan jin atau berkelahi dengan syaitan atau tidur di rumah bunian atau bertemu dengan penunggu babi hutan, aku kongsi gak beberapa petikan dari catatan diari kecil anganku:

Kisah pertama berlaku ketika 1st day keje di bulan puasa haritu. Memang rase pelik sikit la. Rase hari itu sungguh dull. Cuaca kelabu, tapi langit cerah. Balik ofis panas terik sampai silau mata aku. Dahla mengantuk, silau kene matahari lagi. Habis sepet ah driving.. aku dah tak selesa nak memacu kereta nasionalku. Nasib baik rumah hanya 5 minit.
Kuar ofis, elok elok je masuk selekoh pertama, kereta yang belakang aku dah sibuk nak potong kete aku. Padahal kalau potong pun bukan bleh pegi mane pun. Kete byk doh atas jalan. dia himpit2 cucuk2 kete aku nak potong jugak... jadi di bulan puasa yang mulia ini, aku ketepi lah bagi dia ruang. Elok je lepas potong aku dia masuk balik depan aku, bawak slowwww nak mampppp.
Setan.

Pastu satu hari tu aku pegi beli kuih raya kat OU dengan 'Ain (upmarket tak kuih aku? import OU beb. mahu? dtglah umah 1 Syawal). Aku cuba melatih diri memandu perlahan sebab dia tak suka aku bawak laju. Setiap kali kuar kene marah bawak laju. ha ha. So aku memandulah dengan perlahan. Tapi bukan lembab ok. Perlahan yang cermat. Defensive driving bak kate omputih. stay lane kiri.. aku bwk dlm 70-80km/j gak ah, takde la lembab loser mane pun. Tetiba kat depan ada susur masuk dari kiri. Aku nampak ade satu kereta nasional lain yang tengah laju nak masuk lane aku. Naluri aku dah nak pecut dah supaye dapat pintas situasi itu sebelum kete tu masuk, tapi dengan niat baik, aku slow down dalam 20m jugak ah sebelum simpang tu. Elok je aku slow, dia pun nak slow jugak. Hatiku terdetik "haih ape bende la nih" lalu aku kembali memecut. Dan dan tu jugak dia pun pecut, pintas depan kete aku dalam 20 cm ah gak. Teberenti aku. Tak pasal kene hon dengan kete belakang. Hangin betol.. Perilaku kereta cemas itu diteruskan, beliau mencilok beberape kete yang lain macam kejar masa sangat hanya tinggal 4 minit untuk menyelamatkan dunia, sampailah kat tol yang tak jauh dari situ, dia beratur panjaaaang kat lorong tunai.
Setan.

Waktu aku nak bayar barang kat sebuah pasaraya, ade lah satu couple ni depan aku. Patutnya masuk kat "in", keluar kat "out" lah kan, tapi dia patah balik keluar kat "in" jugak. Setan. So aku bersangka baik "Oh bedu gak dia ni taktau mana in mana out". Takpe. Aku step ketepi untuk bagi dia jalan. Elok elok dia kat depan aku, datang lagi satu couple berlarilari anak potong queue aku nak bayar barang tanpa rasa bersalah. Sampai kat counter si lelaki buat gerak tangan macam "YES!!" dekat pompuan dia.
Setan.

Oh cukuplah sampai sini dulu. Ni belum cerita pasal penjual makanan basi dan tak berkualiti kat Bazaar Ramadhan lagi. haih~ lagi setan

Sedikit review bolasepak hujung minggu lepas! Ruangan kecil ini spesel aku bancuh untuk si buyung tuan tanah loqslaq.


Adebayooooooooooooq~!!!

Sumbeq gambaq: http://www.teamtalk.com/

Tuesday, June 24, 2008

Mimpi

Semalam aku tak bermimpi. Kenape? sebab aku TAK TIDO. hahaha siot ah kene buat drawing sampai tak tido.. dah rase mcm time blaja dulu pulak dah. Zaman kene buat keje2 studio. Huu best la pulak study dulu. Dulu tanggungjawab untuk diri sendiri je; kalau xbuat keje, sendiri yang terime padahnye. Tapi sekarang kalau tak buat keje, kompeni rugi beb~ kompem kene marah dengan bos punye. Paling tak pun akan dipandang serong oleh masyarakat ofis. haih~ ni cerite lainkali ah..

Berbalik ke kisah 'mimpi' tadi,.. haritu aku ade mimpi yang menarik dan pelik bagi aku. hahaha sempena musim Euro2008 nih, mimpi pun tema bola la~
Aku mimpi Final Euro 2008 adelah Germany VS Portugal (hakikat dunia realiti: Portugal sudah pun ditewaskan oleh Germany 3-2 kat q-final beberape hari lalu. haha).

Germany kalah 'sudden death' (oldskool gile) setelah bermain mati-matian.. dan gol kemenangan Portugal telah dijaringkan oleh (who else?) Cristiano Ronaldo. Walaupun aku benci Man United, tapi aku suke tgk Ronaldo main. Hotak die~ lari laju gile babi, rembat kencang, determination tinggi, respect ah gak (diving/cheating tu cite lain ah). Tapi rakan-rakan terdekat aku pun pasti tahu bahawe dalam hati aku memang panas kalau tengok dia celebrate gol. Muke belagak nak mampus, dan sangat 'konon-konon'. Rase macam nak bunuh je....


Oh lepas dia gol tu, seperti kebiasaannye dalam dunia bola sepak, dia dikeremuni rakan-rakan sepasukan yang kemudiannya saling berpelukan dan bertukar-tukar lelehan peluh sesama mereka sambil menepuk tampar kepala @ pipi. (Off topik: teringat kat Kompas lak. Die selalu kata Melayu kolot sebab xboleh "main kepala", padahal player bola yang tere-tere rilek je kene tuil kepala oleh rakan-rakan. hahaaha something to think about?) Sedang klimaks keraian jaringan gol itu, rakan-rakan dari seantero padang yang teruja dengan kemenangan itu telah menghempap Ronaldo beramai-ramai bagaikan sandwich Subway @ burger Carl's JR yang padat, sendat lagi mengenyangkan. Sedang beberapa saat aktiviti menghempap itu berlangsung, aku tekanan melihat ketewasan palsu Germany itu lalu aku beransur kuar dari rumah.. rupa-rupanya mereka (ye pasukan Portugal itu) sedang celebrate kat depan rumah aku!! ahhaahah ape punye bodo la mimpi.... Lepas celebrate tuh team Portugal sume lari keliling padang tepuk-tepuk tangan kat fans yang ntah duduk kat mane.. rumah aku xde la besar stadium pun. haih~ Benci dengan situasi yang berlangsung, aku masuk balik dalam rumah dengan kepiluan...

..seperti mereka...

Selang beberape minit lepas tu, aku kuar balik, tengok-tengok Ronaldo ade kat luar rumah aku!! Atas rumput. Motionless. . . . . . . . Tanpa perasaan star-struck langsung, aku sepak dia slow-slow (macam sepakhalau kucing kat kedai makan) dengan penuh ego nak halau dia kuar dari rumah aku. Tapi dia x bergerak langsung. Pelik.. Aku cek nafas dan nadi beliau.... statik... Rupenye team Portugal dah hempap Ronaldo sampai MATI!!! Mak aku dah panik, dia suruh aku cuba selamatkan. Aku enggan sebab aku taknak tolong revive player Man United. Mak aku suruh aku buat cardiopulmonary resuscitation (a.k.a. CPR) kat die, tapi aku mane reti. Aku bukan doktor (alasan). Mak aku sendiri nak buat kat die, tapi bimbang akan fitnah+tohmahan dan cemuhan masyarakat lalu menghentikan niat itu. Mak aku terus panik dan panik dan panik..

Aku yang naik rimas dengan situasi itu mula terbit rase simpati kat Ronaldo. Walau kerek mana pun riak wajah beliau ketika menjaringkan gol, tapi dah itu memang kerja dia. Itu sumber rezeki dia. Dia main bola. Dia jaringkan gol. Dia buat kerja dengan baik. Melihat mukanya yang motionless ketika itu telah mencairkan hatiku yang tulus mulus lagi suci ini. Seraya itu teringat pulak akan khabar angin yang hebat berkocak ketika ini. Khabar yang menimbulkan kemarahan para peminat MU; Khabar kononnya Ronaldo nak pindah ke Real Madrid.. Aku harap dia kuar. Aku NAK dia kuar. Aku tak nak dia main utk MU. Aku nak tengok peminat MU sume panas hati dengan dia. Aku nak tengok Manchester United JATUH..

Lalu tanpa membuang masa lagi, aku bertungkus lumus memberikan bantuan CPR kepade CR7. Sambil itu para photographer media massa mengambil gambarku untuk disiarkan di akhbar esok hari. Aku dah terbayang diorang akan kata CR7 gay ngan aku. Tapi aku tak kisah sume itu. Nyawa adalah lebih penting daripada gossip-gossip sampah. Setelah beberape hembusan dari mulutku ke mulut CR7, beliau mula menunjukkan pergerakan yang mencadangkan bahawa beliau masih hidup dan boleh diselamatkan. Maka dengan sepenuh hati aku memberikan hembusan nafas terbaik (hahahahahahaha) kepade beliau... (Aku dah penat menulis. mata dah berpinar..) dipendekkan cerite, beliau kemudiannya bingkas bangun, mengucapkan terima kasih, lantas berlalu untuk ke dressing room pasukan Portugal bersame rakan-rakan sepasukan (yang TIDAK membantu langsung ketika beliau bertarung dengan kematian sejenak tadi) dan meraikan kemenangan mereka.



I saved your @$!!

Begitulah mulianya hati seorang aku... Ironinye, pade hari Sabtu yang lalu, lepas bermain futsal bersame rakan-rakan FRSB, Kompas menimbulkan perbincangan bahawa CR7 dikatakan gay setelah menonton beberape klip video dari YouTube. hahahah aku nak cite kat diorang pasal mimpi aku, tapi rasa malas la pulak. Lengkali lah ye rakan-rakan~

Cristiano Ronaldo, repay my deeds and GET OUT FROM MANCHESTER UNITED and kick their asses in your new white Real Madrid kit. And then bow down to the Mighty Reds of Europe.