Semenjak due menjak
bernganggur ni aku banyak masa la nak tengok balik muvi-muvi mana yang ada tapi tak sempat nak tengok. Salah satu cerita yang aku tonton ialah
Revolutionary Road lakonan
Leo DiCaprio bersama
Kate Winslet. Masa dulu aku tak tau pun cerita dia pasal apa, cuma nak tengok
chemistry pelakon-pelakon utama dia after
Titanic (cewah macam hebat je rase bleh nak nilaikan prestasi orang. padahal dulu tengok titanic pun sebab "
Jack lukis Rose" kan. haha ). Suku jalan cerita aku dah lenguh dah. Apobondo'eh cite pasal kehidupan orang biase.. memang biase. Pasangan
middle class yang dah kawin, mengalami krisis suam suam rumahtangga.
Frank (Leo) kerja kat ofis membuat kerja yang dia pun tak suka, tapi kerja jugak sebab nak duit untuk
survive kehidupan kan. Pastu April (Kate) nak ubah hidup diorang. Dia cadang nak pindah pegi France. Biar April yang keje, sementara Frank boleh rilek rilek tenangkan fikiran, sambil mencari bakat/minat sebenar untuk memulakan kerja baru yang DISUKAI. Nice gila ah, perubahan drastik dalam hidup. Adakah plan ini berjaya atau tidak? Tengok sendri ah. Lalui kelenguhan yang telah aku lalui. hahaha
Aaaanywayzzza, pada aku idea
mengubah nasib hidup dengan melakukan perkara pelik one-off memang king ah. Keluar daripada norma norma normah
comfort zone bawah tempurung apebende. Dan sebenarnya, aku juga sering mempertimbangkan nasib hidup aku..
MAHU KE AKU JADI AKITEK? Sekarang memang lah nak nak nak lah apa semua kan, masih muda. Baru kerja berapa tahun.. kalau dah 20-30 tahun? Mampu ke? KALAUUU lah aku taknak jadi akitek,.. apa yang aku boleh buat? Ada ke liang-liang kosong untuk aku menyusup ke dalam industri lain? Berapa gaji aku kalau aku tiba-tiba nak terjun bidang lain? Aku sering membelek-belek akhbar harian melihat job market sekarang. Kerja apa yang banyak di-offer, dan kerja apa yang aku mungkin minat dan mampu buat. Sehinggalah aku terjumpa iklan yang membuatkan aku tersentak, berfikir banyak kali...... patutkah aku kensel niat sambung blaja lalu mencuba kerja ini...? Gaji boleh tahan.. peluang hanya datang sekali................

Ok sori. Aku tak patut hilang fokus. Sambung blaja adalah
priority ya adik-adik~ Nanti lepas grad kena buat
job-seeking balik. Kot kot lah terjumpa iklan lebih baik daripada ni kan. Hahaha dan sorilah aku tepaksa
censor contact no semua tuh.. Nak kurangkan persaingan.