Thursday, May 28, 2009

Vladivostok (Владивосток) @ vavi montok?

aku. tekanan. hidup.

Dah berape hari dah aku rase jantung selalu berdegup deras akibat tekanan. Nak kata aku berfikiran serabut sampai menggelabah ayam tak boleh duduk diam ke ape, tak jugak. Duduk gaya tenang je, tapi serabut dalaman. Aku anggap macam mild depression ah kot.. Jeles pulak aku tengok Ben Willis dalam cite Cashback. Dia boleh berhentikan masa. Dan dia tak tido. Bila tak tido, dia ada 8 jam extra dalam hidup dia setiap hari. perghhh~

Mungkin ada yang kurang setuju dengan mamat BW nih sebab masa dia hentikan masa (pun intended), dia gunakan masa (ok enough pun already) yang ada untuk lukis gambar bog gadis-gadis hot dalam supermarket.. aku pun tak tau kenapa supermarket dia banyak gile perempuan muda yang hotness. Kalau aku nak buat macam tu memang menyesal sendirian ah. Bogelkan makcik-makcik kat warta?? EUw~ Aku bukan pervy macam Yop Si Buyung ye. Lagi tambah stress ade. hahaha

Kebetulan pulak beberapa hari lepas MM cerita pasal 'zaman kegelapan'.. memang terasa habis ah. Tapi aku tak akan kata yang sekarang ni aku sedang melalui zaman kegelapan, sebab aku dah pernah melalui zaman hidup yang lebih darkness daripada sekarang. Lagi hitam. Lagi pilu. Khairil Azam Pilus? Bukan. Jadi salah satu upacara aku untuk menenangkan minda selain mendengar lagu-lagu pening radiohead (sebab aku tak tau band-band lain yang rare macam 'kamu'), aku baca BLOG NO 1 NEGARA....LAGI TERSOHOR....MILIK DIVA TERGEBUSS.....LAGI UNGGUL....LAGI GAH... TERUS GAH....TERUS JADI BAHAN CAKAP .....MAMAT MAMAT DAN MINAH MINAH.....YANG SUKA MELAYARI INTERNET.......RAJA PELAYAR PELAYAR BLOG U ALLZ.... hilang akal.

Aiseh aku pun dah tak tau nak cakap ape tah tadi.. haih~ aa sedikit update pasal foto comp tempoh hari..Buat masa ni aku berade di tangga ke-2! Terima kasih rakan-rakan yang megundi. LOVE UALLZ........ nak merayu agar undi lagi kat blog ni pun tak guna gak, sebab 5 orang je baca. Ok tak, 4 sebenarnya.... (T_T")

Aku perlukan percutian panjang yang nikmat dan tenang~





Hitam putih yang sentimentalist goyang serabut dan kusut. wau!

Thaipusam belum habis lagi, Batu Caves. 8 Februari 2009
Diana F+ : Agfa APX100 expired








Thursday, May 21, 2009

Pilihanraya kecil

Hai kawan-kawan yang dikasihi. Bertemu lagi kita di blog yang kurang update sebab malas nak login dan takmau guna teknologi untuk "remember me". Apa khabar semua? harap sihat-sihat semuanya. Cewah gile sweettalk aku. Camni ah.... aku ade masuk kompetition aritu. Tema dia "People and Insipiration" anjuran ArtOnDisplay, dan salah satu rules dia ialah "No Photoshopping or image manipulating". Ok, hadiah utama dia Vivitar Ultra Wide and Slim (UWS). Aku punya Vivitar UWS dah hancur...... Jadi sebenarnye ade la secebis keinginan untuk menggantikannya *wink*

pergh sedey sunggoh

Kebetulan aku ternampak competition ni satu ke dua hari sebelum dateline dia, so aku pun cuba-cuba lah join. Sejajar dengan tema people and inspiration itu, aku telah memilih sebuah gambar (yang ironikally T_T" diambil menggunakan Vivitar UWS buat kali terakhirnye) yang dicapture pada Thaipusam tempoh hari. Alah, aku baru je pun upload gamba tu~

Yang ni ha:


Pastu semalam aku dapat e-mail, cakap gamba aku shortlisted top 14 15. Alhamdulillah =)

Gamba ni faveret aku, sebab... aa sebab... aiseh dah rase macam student nak present la pulak. Ehem. Baiklah,.. saya pilih gamba ni kerana..... pada pandangan saya, ia menampakkan kesungguhan penganut Hindu itu menari bersama Kavadi yang besar dan berat. Ekspresi muka beliau melakar seribu keperitan (pergh) yang ditanggung demi membawa Kavadi tersebut kepada Lord Murugan untuk menyucikan dosa/bernazar. Skala kavadi itu jelas tertera berbanding dengan badannya sendiri (macam budak architecture amik gamba kat site berdiri sebelah pokok utk tunjukkan scale ;p atau En. Meor HOV yang 'menunjukkan scale' di merata-rata tempat). Lihat sajalah posisi tangan beserta otot-otot biseps beliau yang timbul.. Riak pakaiannya juga menunjukkan gerak tarian yang sejajar dengan tajuk gambar ini sendiri iaitu 'dance, dance'. Konteks gambar juga dirakam dengan tampaknya orang-orang ramai di sekeliling subjek, ada yang bertepuk, ada yang menepung tawar (O_O), namun fokus pada subjek tetap nyata kerana terhasilnya vignette yang meng-frame-kan kedudukan subjek di tengah. Dan yang paling saya suka ialah gambar ini diambil secara candid, iaitu segala yang berlaku di sini adalah tidak dirancang oleh saya. Esen (macam esen vanila, essence ah) dan realiti kehidupan termaktub dan di 'beku'kan dalam gambar tersebut. Ceh ape ntah takde bakat langsung nak jadi salesman~ So ape inspirasinya? Inspirasi setiap orang berbeza, kan.. Sebagai contoh;

"Pergh.. sanggup gila dia ni buat macam ni demi menyucikan dosa.. aku semayang 5 waktu pun susah nak complete. Bukannya kena cucuk-cucuk badan bawak Kavadi besar naik Batu Caves pun." detik hati Shahrul Zaman tatkala melihat gambar seorang penganut Hindu menari bersama Kavadi ketika Thaipusam itu.

Sekian. A picture's worth a thousand words. Aku punya 200 je (termasuk dialog) ;(

Jika kamu kasihan padaku, sila lah vote, ya! Manalah tahu kalau-kalau boleh dapat menambah bakul lagi (sila rujuk post sebelum ini) . Jika kamu rasa gambar-gambar dari peserta lain yang sememangnya dahsyat itu adalah lebih dahsyat, maka undilah untuk mereka! Fine. *mata mengecil sambil menjeling*













gudluck aku.

Saturday, May 9, 2009

berbakul bukan barbeku atau babi-q

Yay tomok menang~ takde perubahan ape-ape pun dalam hidup aku. haih.. dan biar la lambat update pun kan. bukannye ade follower pun. gagagaga

Baiklah kali ini aku nak stori mori sikit pasal bakul.



Nampak macam bodoh-bodoh je kan bakul. Tapi bebakul ni ade signifikannye dalam hidup aku.. Bakul-bakul berdua ni sebenarnye adelah 'base' kepade hamper hadiah. Ye lah aku bukannye big shot nak dapat hamper mudah-mudah daripada pelbagai organisasi/jabatan. Dua ni je hamper yang pernah aku terima sepanjang hidup aku setakat ini. hahaha




Yang hijau kat belakang tu aku dapat mase sekolah menengah. Team baling selipar aku - team TP (bahase zaman skolah dulu yang bermaksud "tarik perhatian", yang setaraf dengan perkataan "mencapap/mencapub" sekitar tahun 2000-ish) berjaya mengungguli permainan baling selipar sempena Minggu Tradisional anjuran pihak SMKBBB. Pada mulanya kami menang kerana pasukan lawan tak berani muncul pada perlawanan finale, namun dengan penuh ego kami menolak kemenangan itu dan sepakat untuk tunggu sehingga mereka tiba. Sekali hambik kau 3 jam kemudian baru diorang datang. Player aku dah merata-rata mana ntah, yang aku ingat Zamir kat cybercafe main CS. haha last-last kalah lak final tu. sial.. dpt la 2nd prize..

Bakul merah tu pulak diperolehi pada 30 April 2009 (yeah, fresh lagi) sempena ArchiNite FRSB UPM. Ini merupakan 1st time everrrrr aku menang Lucky Draw (bukan lychee draw ye). ho yeah!

Wartawan: Dan ape jadi pada bakul-bakul ini sekarang? Takkan sekadar bakul je kot?
Aku: Oh tidak.. mereka digunapakai sebaik-baiknya... don't worry ;)










Akhir sekali, Crumpler 7 million dollar home adelah WOW~!!!!!!!!!!!


Friday, May 1, 2009

OIAM o-i-yam

Kalau tomok menang malam ni, haa.. makan kasut la sume2 orang yang gelakkan aku dari dulu sebab 'have faith' in him. Yang dok bantai gelak gilabab sebab aku punye projek masa 1st year dulu aku propose nak buat Mobile Unit Shed for Tomok tapi kene reject....

Tapi susah kot nak menang? Sebab dia artis. Ah aku bukan tengok pun OIAM. diu~



Putrajaya + KLPac Open Day. 18 Januari 2009
vivitar UWS :: Fuji Velvia :: cross processed









duaenamempatduakosongkosongsembilan

ade ke patut besday2 pun kene wat keje kat ofis....

besday.

ahad.

opis.

haram...


Thaipusam,Batu Caves. 8 Februari 2009
vivitar UWS:Fuji Velvia:cross processed






Sunday, April 19, 2009

Berenang berenang di muara, hati hati dilambung ombak

Tiada tema.

Takkan nak cakap harini makan ape, buat ape, pegi mane.
Esok cakap makan ape, buat ape, pegi mane.
Lusa cakap makan ape, buat ape, pegi mane.
Tulat cakap makan ape, buat ape, pegi mane. Eh dah dah..

Nak cari tema dan komited dengannye adelah susah. Takkan aku nak membebel-bebel pasal gadget sedangkan ipod pun takde. Takkan aku nak bagi fashion tips sedangkan aku sendiri pakai baju biasa bersame seluar yang tiada gaya beserta kasut cabuk yang dipadankan dengan stokin murah '4 for RM10' di pasar malam; aku juga berfikiran bahawa skinny jeans hanya cantik dipakai oleh gadis-gadis. Dan aku tetap berpendapat bahawa kegiatan jejaka-jejaka memakai skarf di bawah terikan mentari adalah merupakan perbuatan yang kurang cerdik.

Dan aku bukanlah resourceful sangat pun. Bukak youtube pun jarang-jarang, maka jaranglah aku post video-video yang menarik seperti Paul Potts ataupun Susan Boyle atau beatbox yang gila awesome atau video shuffle bukit bintang.. Oleh itu aku mulakan dengan topik yang dekat di hati: Architecture. Atau nama Melayunya, Seni Bina. Semoga ia dapat memberikan ilmu yang bermanfaat bagi akitek wannabes. wahahaha

Dan mana tahu kot-kot satu hari nanti aku boleh dijulang sebagai pengkritis seni bina yang dasat ala-ala Kenneth Frampton atau Stephen Bayley ke atau Prof Tajuddin M. Rasdi ke. Oh oh cukup lah tu.. mari mulakan.

Baiklah, mengikut rentak pensyarah-pensyarah atau pengkritik yang pernah joint-venture dengan aku, diorang jarang terpesona dengan imej perspektif/3d/kaler2 yang meletop, sebaliknya diorang akan terus tertumpu pada pelan-pelan, bukan perlahan-perlahan, tapi plans. Jadi mari aku latih bagaimana meneliti plan agar anda lebih sharp dan mampu berfikiran deep untuk merungkai sesebuah design .


Ketika meneliti plan buat pertama kali, haruslah Sang Pemerhati menggambarkan overall scheme atau bentuk (form) yang umum (general) plan tersebut bagi mengaitkan pelan lantai (floor plan) dengan konsep yang tersirat di sebaliknya.


Kita mulakan dengan plan di bawah,













errr...... xpe lah...~

Tuesday, March 24, 2009

Sunburst KL 2009 is gile babi

Gile babi lah... aku beli tiket lambat (RM203) sebab tibe-tibe announce KoRn nak main. Tak pikir panjang dah. Nak beli tiket early bird (RM143) dari forum lowyat, tapi penjual suspicious sangat. hahaha paranoid lebeh je~

Aku gerak dengan Ayie tengahari, singgah Putrajaya dulu konon nak tengok hot air balloon.... haram~ rupenye ade jadual die gerak kul brape kul brape.. tengahari tu ade jual-jual macam pasar malam/pasar tghari sambil bukak lagu memburu impian kuat-kuat. haih

Sampai Bukit Kiara dalam pukul 2 ke 3 ntah, pusing-pusing dulu tengok ape yang ade. Lepak Lomowall LomokidS kejap.. gilebab lah cantik sial diorang buat. Pastu tengok band apa tah tak tau.. aku rasa Reza Salleh kot, pastu Project Pistol, pastu band rupa rock/metal tapi nyanyi lagu cinta+bunga+lamar. Hari tu panas gile tak ingat. Memang sesuai ah tajuk konsert sunburst pun. gilee... nyesal aku tak bawak topi. Panas gile sambil tu naik 'lembu rodeo'. Memula pelik la tengok sumorang naik 2 saat je dah jatuh. Buat rugi je... Maka aku pun try naik..... aku rase aku clock masa paling lama berada atas lembu tu untuk tengahari itu. 5 saat. Pastu lepak bawah khemah, rupenye hujan tengah perform. Zaki Styler Naza tengok melopong sial~ aku halang-halang permandangan die, bengang. hahahaha konsentret katenye. Pastu Bunkface. Gimme a B....U...N K F A C E nowooowowowoww. hahaha energetis~ Kemudian menonton Meet Uncle Hussain membuat aku tensen sebab penyanyi die duduk (ok tak. berdiri..) kat drumset taknak kene panas ke ape, taktau. Tapi milk in the bottle best doh. Russian Winters band OZ ok, tapi ok. haha pastu Ayie merengek nak tengok Estrella...ok fine....

Oh aku suke konsep alternate stage yang diorang buat, sebab tak payah tengok band soundcheck. habis satu, stage sebelah lak. Dan kami juge mencube 'silent disco' kat situ. gile tak tau mende diorang dengar, tapi sume happy2 je. Ye lah masing-masing ade Jagermeister 'chem' ngan Red Bull kat tangan kan. hmm tapi best gak aa tengok orang gembira *ehem* . hahaha

Ah macam sial la.... ayat sebijik sebijik. tak best langsung aaa. Ok fine pendekkan cite

Muck tak ramai orang. Mengapa aku tidak tahu. Tapi jumpe Jayzuan, dia kata dia dah salam Jonathan Davis. babi jeles sial aku

Nidji superb atas pentas. Aku lepak duduk-duduk kat atas padang time ni. Tapi diorang punye performance memang best

'Butterfingers featuring Greg Henderson on guitars' punye opening memang megujakan. vio pipe beb.. pastu sume lagu Melayu.. adeh rase macam kat Istana Budaya yang aku pegi tempohari lak. Zaki berkate: "Babi la kalau butterfingers punye show mesti tak puas.." haha

Agrikulture pun happening gak.

Mase N*E*R*D perform kat Sky Stage, aku dah ready kat Sun Stage sebab taknak miss KoRn beb dan terpakse skip Naturally 7. Walaupun nampak sipi-sipi je, tapi N*E*R*D GEMPAK DOH. happening gile ok... siap sound cameraman yang tolak-tolak fan. Memang worthy la kalau diorang headline pun. Tapi satu-satunye sebab aku pegi Sunburst 2009 ni ialah nak tengok korn. KORN.... gile siape sangke diorang nak datang Malaysia.. zaman dulu jangan mimpi la.. dengki gile aku dengan budak zaman sekarang. Uih dulu puja KoRn gile babi macam diorang dewa-dewaan ahh. haha dengar cite N*E*R*D ade masalah permit ke ape ntah, sampai diorang tak boleh/tak nak buat show kat Indonesia.. kalau betul macam tu, Pineapple concerts (organizer) memang babi ah menyusahkan orang. (walaupun berterima kasih kat diorg sebab bawak korn dtg msia)(tu pun lambat announce)(xpasal2 kene beli tiket mahal)(fakap gile la)

KoRn memang tebabow. Rockstar gila start lambat. Mencangak gak la 15 minit.. lights on, jantung berdegup kencang. Jonathan Davis bersuara: "First of all we would like to apologize..... because it took us 15 fuckin years to come here"... gile babi meremang bulu tengkuk aku. Terharu. Terkedu. Terkesima. KORN BERADA DALAM LINGKUNGAN 6 METER RADIUS SAHAJA DARI AKU. gile. babi. Walaupun mereka adelah 'pakcik-pakcik' skarang, tapi rockin abess. Fieldy main bass stail gile la. JD main bagpipe comel gila. Sepanjang KoRn perform, penonton depan stage adelah gile. Encore 'blind' membuatkan kewarasan minda menjadi sifar.


Duit habis. Badan sakit. Tengkuk lenguh. Suara takde. Berpeluh basah kuyup. PUAS.




oh soalan cepumas. dengan hanye membace sekali, berapa kali dah aku sebut 'babi'? hahahaha ish ish ish


*Gamba takde, die tak bagi bawak kamera. Aku macam "ok fine, just enjoy the show". Sempat gak lomo sikit, tu pun tak tau lagi jadi ke tak. haha