Thursday, August 27, 2009

Kau elektrik

Merisaukan. Begitulah detik hatiku bila terbaca snippet sebuah berita dari akhbar tabloid pilihan ramai beberapa hari lalu. Cewah ade gaya berita RTM tak? haha baiklah, kembali ke kisah asal; khabarnya Stun Gun / Taser boleh didapati dengan mudah daripada lebih dari 10 kedai di Chow Kit.
Aku pun tak pasti sama ada Stun Gun jenis yang perlu direct contact tu ke (macam The Mountie WWF punya dulu tu, ingat lagi?) atau taser yang boleh tembak dari jauh..




Tapi memang gila la. Bayangkan kau tengah jalan balik shopping raya dengan pakwe kau (atau makwe atau rakan-rakan atau sendirian) dekat Jalan TAR tengah nak pegi tempat parking lalu kat tempat tak ramai orang pastu tak pasal-pasal ade kutu pau duit, nampak badan macam kecik je kan, pakwe kau (atau mungkin kau sendiri) yang badan ketak pun boleh makan kan, sekali dia kuar stun gun kasik renjatan elektrik 50,000 volt satu badan, jatuh terkulai layu siol..








Tapi kalau kau tough-a$$ macam WWE Diva Trish Stratus memang kau enjoy ah mainan-mainan yang berunsurkan elektrik macam ni.






Don't tase me, bro.



Gambar diceduk dari:
http://www.keme.co.uk
http://freepages.rootsweb.ancestry.com
http://www.staffpatrol.com

Wednesday, August 26, 2009

constantly slipi

Pelik-pelik ah mimpi time bulan puase nih.. setakat ni semalam paling stress ah. Aku mimpi CHRISTINA AGUILERA (sebelum zaman 'back to basics' ye) ade depan mata dan bagi pose-pose yang 'spesel' hanya untuk aku, tapi tak boleh amik gambar. Kamera cair..... HOH =.="

Oh malam semalam lepak bersame kawan-kawan.. core attendance: Aku Ayie Lutfi Faha Paan. ceh sebok je nak amik attendance.. ingat meeting ke. Anas ngan Fifi datang singgah jap. Tapi yang pasti: seronok. Rase sangat rapat. Moments well spent =)

Tiada kaitan:

Jaguar XFR 2010. Gile.

www.yosax.com



p/s: ni lah akibatnye jarang menulis.. xde flow langsung. hahaha

Wednesday, July 29, 2009

Oh lupe nak cakap

Lupe nak cakap result contest haritu


Aku dapat nombor dua! Terima kasih semua yang mengundi *lovuallz* .. Walaupun pada mulanya aku sangatlah teringin hadiah no.1 tu (Vivitar UWS) untuk ganti aku punye yang dah rosak dulu tuh, tapi hadiah ke-2 pun nice gak woh~


Mamula Moon Memula aku macam "Aiseh, aku dah ade flash Diana, nak jual ke aa flash ni..?", namun disebabkan aku agak sentimentalist, aku tak sampai hati. hahahaha

Pastu beberape minggu lepas tu (sebenarnya baru semalam) aku saje cekidaut harge pasaran dia.. RM135 dow! Harga Vivitar UWS pun RM100.. maknanya value-wise, AKU MENANG. hahahaha Dasar Tidak Mahu Kalah.

Sekarang dah terpaksa cari LCA untuk kenenkan dengan colorsplash ni. haih~ (alasan)

Panas lak aku tengok Paes beli Horizon Kompakt dengan duit elaun praktikal dia. CIS!

Sunday, July 26, 2009

Kalau Aku Ada Duit :: 02

Chevy Camaro Transformers Special Edition (Bumblebee)





Enam kelajuan auto atau manual
Enjin V6 3.6L atau V8 6.2L
Logo/lambang Autobot dan Transformers di sana sini
blablablablabla~

Beli ni, boleh rem-rem depan para Transformers-er era Michael Bay.

Chery M14 for Rodimus, anyone? *gag*



autoblog
motorstop

countingdown

Of Tarmac and The Storyteller

1. Kalau jalan raya dah berlopak ketika/selepas hujan, walaupun memandu perlahan, tidak mabuk, malah menggunakan tayar michelin baru 2 minggu pun boleh 'floating' doh.. Kenapa jalan tak di-design agar air tak bertakung eh..? Betul ke gradient jalan yang digunakan? Taruk la batu besar-besar/jarang-jarang sikit (konon supaya drainage lebih lancar). Takut 'makan tayar' kah? Aku lebih rela jalan tu 'makan' tayar aku daripada aku makan besi divider doh~ haih

2. Al-Fatihah Yasmin Ahmad. You will be remembered for kickass quality works. And thank you for 'lifting' Sharifah Amani to where she is now... Petronas ads will never be the same again ;(


Eskapis, Bukit Tinggi. 07 Mac 2009








Sunday, July 12, 2009

Percutian adalah sentiasa enak

Trip Ofis 2009, Cherating. 3-5 Julai 2009

Dipenuhi kanak-kanak comel dan kutu-kutu dewasa yang tak berapa nak comel




























p/s: lepas trip, kamera buat hal. demmit btol~