Ok selama aku senyap itu aku mengalami jalan kehidupan yang sukar. Dan cilaka. Ah kamu semua pun tahu kan. Buat kerja siang malam mengalahkan binatang. Menjauhkan diri dari kegiatan-kegiatan sosial bersama rakan taulan. Segala nafsu telah tertutup, hatta nafsu makan sekalipun. Boleh tak sampai anggap makan tu menyusahkan? 24 jam sehari tu rasa sungguh la cepat berlalu. Masa tu mencarut-carut kenapa lah manusia perlu tidur, makan, mandi, bersosial, layan tetamu yang datang rumah, basuh pinggan, basuh baju, jemur baju, buang sampah, amik surat, bayar bil, topap henfon, jual suratkhabar lama, bernyahtinja, berehat, etc. dan kenapa pula komputer perlu crash, hang, temperature tinggi, lembab, sangkut, cursor mouse lompat-lompat, not enough virtual memory, rasterizing image sampai sejam, autocad error, bugsplat.. @#$@#$!@%@@%$ ah malas sungguh nak cerita pasal ni. Sakit hati sakit jiwa sakit raga.
...sepanjang masa kepala rasa kebas macam dah tak cukup darah kat otak. Ah sudah sudah!
Sekarang cuti. Tapi cuti pun masih ade kerja walaupun tak bekerja. Tapi disebabkan cuti, nafsu-nafsu kembali pulih. Bila tak makan, jadi lapar. Makan tu kembali menjadi satu ritual yang nikmat. Begitu juga dengan tidur. Tak perlu lagi tidur dalam keadaan tak selesa semata-mata nak memastikan tidur itu tak lena dan akan bangun selepas 1-2 jam supaya dapat sambung buat kerja. Warghh, ia memang melanggar norma kehidupan manusia. Dan terdapat segelintir orang yang BANGGA kerana melakukan perbuatan-perbuatan keji lagi terkutuk ini. Tapi aku tak. Aku mau hidup seperti manusia biasa. Tidur kene cukup. Sekarang aku tidur pukul 1, bangun pukul 11 T_T... aku juga mahu hepi. Lebih-lebih lagi di hari besday. Tak kiralah ada kerja ke exam ke sembelit ke masuk penjara ke, time besday adalah hari wajib hepi.
Oh hepiness =))
Dan masa-masa dalam kerunsingan tu lah dok dengar budak-budak dok sebut pasal
glee lah ape lah. Masa tu memang aku "
what is this i dont even..." lepastu time cuti tertengok pulak. Sekarang kalau tiap-tiap hari tengok video kat bawah ni pun takpe. Industri hiburan lain boleh bungkus.
Siapa yang nak kata "
they ruined the song" atau "
glee is for fags", sila main jauh-jauh. Aku tak perlukan kamu untuk mengenjoy the song and the simple dance routine yang menampilkan well-toned svelte figures yang sungguh graceful dan cheeky all at the same time. lihat sahaja gerakan pinggul yang
nyum nyum comel dan sungguh memukau itu; semuanya dirumuskan dalam masa kurang dari 1 minit! Oh, costume juga memainkan peranan penting. Cheerleaders...........
HHHNNNGGGGGHHHHHH!!!!!